May 14, 2012

CAMERON HIGHLAND PART 1

Salam semua,

Beberapa hari ini bella tidak menghapdet belog kesayangan bella kan... So hari ini bella update cerita tentang percutian bella ke Cameron Highland pada 12/5/2012-13/5/2012. Bella sekeluarga, abang ipar dan anak saudara, so tiga family kereta berasingan. Kami bertolak seawal 8.30 pagi. Perjalanan kira-kira tiga jam macam tu. Rasa seronok sebab agak lama juga kami tidak bercuti disebabkan sibuk dengan kerja harian dan biz kecil-kecilan kami. Humaira paling seronok jalan-jalan, sudah banyak kali dia tanya bila kita nak jalan-jalan. Apabila humaira dapat tahu kami akan pergi bercuti ke Camron Highland bukan main seronok lagi. Eksaited bangun pagi. Sampai di Cameron Highland jam 12 tengahari . Kami semua dapat rasakan angin sepoi-sepoi sejuk jer rasanya. Hilang stress di bandar dan lupakan sekejap tentang kerja. Huh lega rasanya...Memang betul kata semua orang kalau kita nak hilangkan stress dan penat bekerja harus bercuti dengan family tidak kisah ler dalam negara ataupun luar negara. Kami sudah pun booking awal-awal hotel senangkan pergi terus check in. Kami memilih Hotel Coutry Lodge Resort yang terletak di Brinchang.Harga pon tak der la mahal sangat berpatutan untuk bercuti. Sebelum kami check in hotel, kami sempat lagi menyinggah kat kedai-kedai tepi jalan yang banyak jual barang cenderamata, strawberry kering, bantal dan macam-macam lagi. Geram jer tengok rasa nak beli semua strawberry yang ada disitu, tetapi tujuan pergi ke sana bukan untuk shopping sakan tetapi menikmati percutian dan rehatkan otak....... Bella kalau pergi bercuti, mestilah nak membeli gak cenderamata ker bantal ker. Rugi ler kalau tidak shopping bantal strawberry kih..kih..... Ok sekarang kita tengok gambar-gambar yang diambil semasa di sana - Part 1



Adik pon seronok kemain kalau jalan-jalan...:p



confius kat mana nih yer...keh..keh...;p

in hotel 




Inilah hotel Country Lodge Resort 


Ini adik bella namanya farah hanim  + assisstant bella ha..ha..;p


Tinggi macam patung kih..kih...;p

May 7, 2012

AVENGERS

Salam readers,

1. Ada apa dengan avengers? of course la movie yang terhangat di pawagam sekarang ini. Semalam bella dan adik-adik bella pergi tonton wayang ini cerita. kami tengok tayangan dalam pukul 6pm. Memang best citer ni sebab semua hero dan heroin bergabung dalam satu cerita dan dinamakan team avengers, semua pelakon yang bella minat dan ceritanya pun bella ikuti.Cerita ini mengisahkan tentang planet lain datang ke bumi untuk memusnahkan bumi ini. 

2. Sekiranya u olllzsss tengok citer Thor mesti u olllzsss faham sebab ada bersangkut paut dengan kisah Thor dan adik angkatnya yang gila kuasa nak jadi raja dan berdendam dengan Thor disebabkan kehebatan Thor. Kisah Thor ini separa Dewa dan lagenda.Adik angkat Thor nama Loki dan dia pegang watak jahat yang amat. Thor adalah seorang lelaki yang dilahirkan sebagai seorang wira dan ayahnya juga sangat bangga dengan bakat Thor dan ada ciri-ciri seotang raja yang baik, tetapi adik angkatnya iri hati dengan bakat yang ada pada Thor. Dan timbullah segala idea kejahatan dikepala Loki.  

3. Ditambah pulak dengan Tony Stark yang dikenali Iron Man dan saintis yang bijak dan handsome. Tony Stark adalah salah seorang actor feveret i tau, dia seorang yang agak gila-gila, kelakar dan bijak. Dengan kebijaksanaannya dia dapat menyelamatkan  manusia dari serangan jahat dan dengan kecanggihan internet dan gajet-gajetnyer, fullamak canggih manggih dan maveles lah....

4.Captain Amerika pulak sememangnya handsome dan kisahnya dahulu captain amerika dalah seorang soldier dan dia telah berperang dan jatuh di kawasan ais dan tertidur selama 70 tahun. Apabila Captain Amerika bangun, negara sudah pun berubah dengan maju dan kecanggihan yang ada dan dia diberitahu dia menang semasa berperang. 

5. Ok, now cerita pasal heroin dia pulak iaitu Natasha. Kalau u olllzsss tengok citer Iron Man 2, Natasha adalah pembantu kepada girlfriend Tony Stark iaitu Pepper. Itu dalam citer Iron Man, dalam citer Avengers ni dia heroin. Setiap cerita mestilah ada heroin dan penyerikan kalu tidak x best la pulak ceritanya. 

6. Kisah Dr Banner pulak, masih ingat ker namanya he..he..he...Kalau sebut hulk mesti ingatkan  hik..hik..femes tu citer dia. Uih kalu marah jadi hulk la takutnyer dahler besar warna hijau pulak tu kih..kih..kih...Apapun best 

7. Hero yang pandai memanah tu namanya ialah Barton, handsome juga kan...kalu tak handsome x der la jadi pelakon kan...cerita kisah hero ini bella tidak ingat, maap yer u ollzsss

8. Hero negro tu pulak namanya Fury. Dalam citer Iron Man, dia agen perisik dan dia ada sebut dalam iron man 2 part last sekali tentang projek avenger ini. Dia adalah mastermind dan dia juga ada intention yang baik tentang kawan-kawan yang dijemput khas sebab percaya dengan kebolehan masing-masing dapat menyelesaikan masalah peperangan ini dengan baik.

Huh penat juga karang citer pasal Avengers ni, ini baru pendek jer citernya kalu panjang macam novel tu, adus mau tido bella terus tak jadi citer he..he..whatever now layan gambar .......


THOR

CAPTAIN AMERIKA/ROGER

TONY STARK/IRON MAN

NATASHA ROMANOFF

BARTON

DR BANNER/HULK

May 2, 2012

SHOWKITA PHOTOSHOOT

Ok ! ini sambungan cerita yang tadi, selepas berpenat lelah bercatwalk atas pentas tadi, bella berehat sekejap dan sebentar lagi ada sesi photoshoot pulak he..he.. penat jangan cerita memang penatla.Abang photog yang dalam group bella saper lagi kan my hubby ler en zulfadhli hik..hik... Sesi photoshoot ini kena buat betul-betul sebab kategori photog akan diadili oleh juri-juri professional. Banyak tempat menarik dekat situ diantaranya tengah-tengah padang, pohon buluh, tepi tasik dan banyak lagilah...Bella buat pose yang terbaek untuk mr hubby Mana tau mr hubby boleh menang he..he...Joommmm kita tengok gambar-gambar....:)



















CATWALK

Salam readers,

Hari ini bella nak cerita tentang first catwalk bella di event showkita awesome. Showkita berlangsung pada 1 May, 2012 baru-baru ini.Event ini ada lima tema iaitu Bridal, Elegant, Fantasy,Vintage & Arabic. Bella memilih tema bridal. Baju sponsor oleh Sutera Nan Sehelai Bridal yang terletak di Wangsa Maju. Kami semua dibahagikan group. Group bella no. 57 dan kami namakan group ini d'suci he..he..Group bella terbahagi kepada 2 orang talent, 2 orang mua dan 1 orang photog. Kami semua sampai dalam 8.30 pagi macam tu. Sampai sana biasalah jumpa kawan-kawan bella seronok kemain lah lagi-lagi kami semua team ESM. Borak-borakla dulu. Kami mula make-up pukul 9.00 pagi. Event start pukul 2.00 petang. Make-up mengambil masa 1 jam lebih. Selepas makeup kami terus ke bilik persalinan. Selepas siap semuanya kami semua yang memilih tema bridal akan bercatwalk dahulu. Hati bella berdegup kencang macam nak meletop takut punya pasal. Nak catwalk atas pentas dengan tontonan ramai orang gurlp..gurlp telan air liur bella takutttttnyer....tapi bella kuatkan semangat.Bella masih ingat lagi di ESM, bella diajar macam mana nak control kita punya emosi takut dan bila kita berjalan di atas pentas kita haruslah berlagak macam diva seolah-olah kita memperagakan baju yang berharga puluhan ribu ringgit. Inilah hasilnyer first catwalk bella, tak de la macam model runway fashion show yang professional tu tetapi bella akan cuba yang terbaek lagi di masa akan datang...Layannnn n bersambung................:)
















May 1, 2012

JUMAAT YANG INDAH

Salam readers,

Sudah beberapa hari bella tidak menghapdet blog kan.Ketandusan idea dan malas pun ader he..he..Tapi hari ini bella bersemangat nak bercerita tentang apa yang terjadi dan bella terjumpa siapa? jeng..jeng..jeng...Ok lah ekceli bella cuti separuh hari bak kata orang putih half day pada hari jumaat sebab bella harus selesaikan hal-hal yang tertangguh. Apabila settle semua, bella masih ada masa lagi sebelum pukul 5 petang , bella bercadang singgah alamanda sekejap cucimata he..he..biasala orang pompuan korjenyer cucimata la a.ka. window shopping. Sedang jalan-jalan tetiba bella tengok ramai betul orang dekat centre alamanda apalagi tanpa berlengah lagi bella terus menuju ke centre nak tengok apa yang ada kat situ. Wah.....Tun Dr Mahathir ada kat situ, cayalah dapat jumpa bekas perdana menteri yang paling hebat ecehceh.....Apa yang tun Mahathir buat? U olllzsss mesti nak tau kan, Tun Mahathir datang merasmikan pelancaran buku hasil karya Tun Mahathir sendiri dalam versi bahasa melayu. Bahasa Inggeris sudah dilancarkan tahun lepas. Seronoknyer dapat tengok Tun Mahathir dekat-dekat dan dengar talk dia. Ramai wartawan dari beberapa negara luar datang. Hampir sejam bella dengar talk Tun Mahathir, bella menuju ke tempat buku-buku Tun untuk dijual. Bella belek-belek sambil baca sinopsis kat belakang. Memang menarik, so bella buat keputusan untuk membelinya. Buku ini ada dua cover iaitu cover lembut dan keras. Cover lembut berharga RM59.90 dan cover keras RM100.00. Joommm kita baca apa ilmu yang kita boleh dapat......saper2 yang belum beli grab la satu cepat2......