Showing posts with label WAYANG. Show all posts
Showing posts with label WAYANG. Show all posts

Jun 1, 2013

FAST & FURIOUS 6

                                      

Update tentang citer yang hot gitew di pawagam sekarang ini Fast & Furious la... Of kos la bella sudah tengok ngeee. Minggu lepas hubby bella ajak bella tengok wayang citer kegemaran bella . Dari no satu hingga ke enam . Jalan cerita yang bagus dan besh sangat. Yang penting my the rock ada handsome but yang sedey han and giselle mati dalam cerita ini. Next cerita tak ada la watak han and giselle. Giselle i loikeee sebab dia cantik sangat, kuru tinggi dan cantik cukup pakej. Sape yang belum tengok cepat-cepat tengok yerr,.....bella akan tengok kali kedua minggu ini pulak jangan jeleszzzzzzz........................



giselle

han yang handsome but wataknya mati sedey

Dominic Torreto hero cerita ini 

the rock yang handsome


Apr 30, 2013

IRON MAN 3



Wow teruja bila tengok iklan Iron Man 3 akan keluar di pawagam. Bella macam biasala tidak ketinggalan menonton wayang bersama hubby terchenta ngee. Pada mulanya kami ingin tengok awal jam 9pm macam tu tetapi tiket habis semua yang ada tinggal 12.45am hokeyh!!! midnite, so kami memang dah biasa tengok midnight ermm tunggu ajerla hari ahad plak tu esok isnin mau keje sudahhh. Iron Man 3 jalan ceritanya agak slow berbanding dengan yang terdahulu . Kenapa bella cakap macam tu, sebab kurang perang dan heronya Tony Stark tidak menggunakan sepenuhnya baju besi iron man tu. Dengan menggunakan komputer pon bleh selamatkan manusia tidak perlu pakai pon tidak apa. Itu yang tidak berapa best tu sebab tajuk iron man kan so man harus selamatkan manusia dengan menggunakan baju besi yang dicipta oleh tony stark barulah awesome!!! Apa pon best juga bukannya tidak best langsung.. Musuh yang canggih siap ada api2 bagai lagi memang cangginh manggih.. Pemikiran diluarkotak he..he... Yang suspen tu ingatkan pepper mati rupanya hidup lagi heroin mana bleh tidak ada kan.. Rasanya iron man dan penutup agaknya but ada perantis iron man kottt !!! If u olllzss belum tengok p tengok cepat dan citer ekk ...







Dec 20, 2012

THE HOBBIT AN UNEXPECTED JOURNEY


Salam Jumaat semua kawan-kawan tersayang. Semoga hari ini hari yang ceria , mood yang baik gitu cewah!cewah!. Bella hari rasa segar jer ehehehehehe. Ok, now bella nak update tentang wayang tengah femes amos the hobbit. Rabu malam midninght bella dan mr chenta bella pergi tengok cerita hobbit 3 jam rasa macam tidak cukup masa lak sebab bestt gitu.. Cerita hobbit adalah permulaan cerita sebelum Lord of the Ring 1 - 3. Sesiapa peminat Lord of the Ring mesti akan faham cerita hobbit ini. Seronok macam nak pegi tengok sekali lagi. Jalan cerita yang menarik, tidak bosan dan kelakar. Pemandangan yang sungguh indah . Erebor (Gunung Sepi) yang tenang dan penuh dengan kekayaan bukit iaitu emas, delima, zamrud wahh serononyerr.. Rivendell (rumah bunian) , alunan muzik yang mendamaikan jiwa cewahhh!!! Tetiba Lady Galadriel (Permaisuri Bunian) pun ada i loikeeeee watak Lady Galadriel walaupun sekejap tapi tetap marvelouss. Cerita ini jelas menunjukkan memang pengembaraan yang mencabar dan menunjukkan keindahan daerah shire, bumi selandia, rumput-rumput kehijauan dan banyak lagi dan usaha Gandalf  ahli sihir menolong putera dan orang-orang kerdil untuk mendapatkan balik Erebor dari naga smaug yang merampas erebor dahulu. Apakah endingnya ? Masih ada yang belum tengok cerita hobbit , bolehla pergi tengok untuk mengetahui seterusnya.....

Billbo Baggin

Lady Galadriel

Gandalf (Ahli Sihir)

Mood : ceria di pagi jumaat


Sep 7, 2012

EXPANDABLES 2


Expandables 2 apa itu????? sape yang kaki panggung wayang of coursela taukan ha..ha... sape bukan kaki panggung wayang mesti tidak berapa tau kan ha..ha...(Bella dan hubby tengok citer ni dalam 2 minggu lepas baru nak update)....

Ekceli, hubby ajak tengok wayang cerita expandables 2 ni, so bila dah orang ajak tu laju jer la setuju kannnn!!! Cerita start pukul 9 malam di GSC Alamanda. Macam biasala kami gerak dari rumah dalam 8.40 malam macam tu sebab rumah kami ke alamanda dekat jerr...nak jalan kaki pon bulehhhh sape yang larat larrr ekehkekehkeh!!!!!!

Ok nak cerita tentang cerita expandables 2 ini sambungan dari kisah expandables 1 la. Pelakon-pelakonnya adalah rambo, arnold susah nak eja tuuu dan ramai lagi tak ingat semua nama pelakon-pelakon. Yang penting bella suka dengan ceritanya mencabar gila . Hubby lagi suka feveret citer dan pelakon-pelakon yang berlakon dalam tu. Cerita dalam dua jam macam tu. cerita ni tidak bosan langsung sebab aksi-aksi lasak yang danyst dan sangat dasyat ponnn aderrr..Cerita ini PG13,. so tidak dibenarkan bawa kanak-kanak yer.....Cerita ini mengisahkan tentang ejen persendirian yang dilakonkan oleh rambo dan lain-lain dan hubungan kawan - kawan yang sangat rapat, dalam masa yang sama ejen rambo diarahkan oleh CIA untuk mendapatkan cip yang berada di negara lain untuk dibawa ke CIA sebelum jatuk ke tangan orang yang salah, tetapi bila sampai disana, ejen rambo dan kawan-kawannya sudah berjaya dapatkan tetapi tiba-tiba dikelilingi oleh orang jahat yang memang sedang menanti untuk mendapatkannya. Salah seorang ejen rambo mati kena bunuh dek penjahat tadi....Cip tadi sudah terjatuh ke tangan penjahat dan sekarang ejen rambo dan kawan-kawannya sedang berusaha untuk mendapatkannya. Nak tahu siapa yang akan datang tolong rambo dan kawan-kawannya ketika dalam kesusahan , u ollzsss pergilah tonton wayangnya baru lah suprise ha...ha.....sajer jer bella tak nak ceritakan sampai habis sebab tak suprise kalu u ollzsss tau endingnya hua..hua..hua....

*selamat menonton 



May 7, 2012

AVENGERS

Salam readers,

1. Ada apa dengan avengers? of course la movie yang terhangat di pawagam sekarang ini. Semalam bella dan adik-adik bella pergi tonton wayang ini cerita. kami tengok tayangan dalam pukul 6pm. Memang best citer ni sebab semua hero dan heroin bergabung dalam satu cerita dan dinamakan team avengers, semua pelakon yang bella minat dan ceritanya pun bella ikuti.Cerita ini mengisahkan tentang planet lain datang ke bumi untuk memusnahkan bumi ini. 

2. Sekiranya u olllzsss tengok citer Thor mesti u olllzsss faham sebab ada bersangkut paut dengan kisah Thor dan adik angkatnya yang gila kuasa nak jadi raja dan berdendam dengan Thor disebabkan kehebatan Thor. Kisah Thor ini separa Dewa dan lagenda.Adik angkat Thor nama Loki dan dia pegang watak jahat yang amat. Thor adalah seorang lelaki yang dilahirkan sebagai seorang wira dan ayahnya juga sangat bangga dengan bakat Thor dan ada ciri-ciri seotang raja yang baik, tetapi adik angkatnya iri hati dengan bakat yang ada pada Thor. Dan timbullah segala idea kejahatan dikepala Loki.  

3. Ditambah pulak dengan Tony Stark yang dikenali Iron Man dan saintis yang bijak dan handsome. Tony Stark adalah salah seorang actor feveret i tau, dia seorang yang agak gila-gila, kelakar dan bijak. Dengan kebijaksanaannya dia dapat menyelamatkan  manusia dari serangan jahat dan dengan kecanggihan internet dan gajet-gajetnyer, fullamak canggih manggih dan maveles lah....

4.Captain Amerika pulak sememangnya handsome dan kisahnya dahulu captain amerika dalah seorang soldier dan dia telah berperang dan jatuh di kawasan ais dan tertidur selama 70 tahun. Apabila Captain Amerika bangun, negara sudah pun berubah dengan maju dan kecanggihan yang ada dan dia diberitahu dia menang semasa berperang. 

5. Ok, now cerita pasal heroin dia pulak iaitu Natasha. Kalau u olllzsss tengok citer Iron Man 2, Natasha adalah pembantu kepada girlfriend Tony Stark iaitu Pepper. Itu dalam citer Iron Man, dalam citer Avengers ni dia heroin. Setiap cerita mestilah ada heroin dan penyerikan kalu tidak x best la pulak ceritanya. 

6. Kisah Dr Banner pulak, masih ingat ker namanya he..he..he...Kalau sebut hulk mesti ingatkan  hik..hik..femes tu citer dia. Uih kalu marah jadi hulk la takutnyer dahler besar warna hijau pulak tu kih..kih..kih...Apapun best 

7. Hero yang pandai memanah tu namanya ialah Barton, handsome juga kan...kalu tak handsome x der la jadi pelakon kan...cerita kisah hero ini bella tidak ingat, maap yer u ollzsss

8. Hero negro tu pulak namanya Fury. Dalam citer Iron Man, dia agen perisik dan dia ada sebut dalam iron man 2 part last sekali tentang projek avenger ini. Dia adalah mastermind dan dia juga ada intention yang baik tentang kawan-kawan yang dijemput khas sebab percaya dengan kebolehan masing-masing dapat menyelesaikan masalah peperangan ini dengan baik.

Huh penat juga karang citer pasal Avengers ni, ini baru pendek jer citernya kalu panjang macam novel tu, adus mau tido bella terus tak jadi citer he..he..whatever now layan gambar .......


THOR

CAPTAIN AMERIKA/ROGER

TONY STARK/IRON MAN

NATASHA ROMANOFF

BARTON

DR BANNER/HULK

Apr 15, 2012

BATTLESHIP

Salam readers,

Bella dan mr hubby terchenta pergi tengok wayang pada hari jumaat but midninght kan so kira hari sabtu la. Cerita start dalam pukul 12.10am [midninght] Kami tengok cerita battleship yang baru keluar seakan-akan cerita transformer tapi cerita lain, pengarah lain but best jugak cerita tak boring sangat sebab ada perang-perang kan.Sesiapa yang belum tengok lagi so pergila cepat tengok citer ni menarik dan ada kelainan la. Cerita battleship ni mengisahkan tentang seorang lelaki a.k.a hero dalam filem ini tang tidak ada tujuan hidup, dan dia mempunyai seorang abag yang sangat sayang dan ambil berat tentang kehidupan dia. Selepas itu dia berjumpa dengan seorang gadis a.k.a heroin filem ini dan juga merupakan anak kepada majikan kepada bang hero filem ini. Hero ini jatuh cinta pada gadis tersebut. Selepas kejadian yang tidak diingini, abangnya membuat keputusan hero ini akan menjadi tentyera laut sepertinya. Dalam latihan hero ini tidak berdisiplin, selalu buat hal dan macam-macam lagi but abang hero ini still sokong adiknya supaya jangan putus asa sehingga pada suatu hari ada alien dari planet lain datang membunuh manusia dan terhempas di laut dimana semua tentera laut yang baru sedang menjalani latihan. Tiba-tiba alien tadi datang serang kapal abang hero ni dan abang hero ini meninggal dunia. Disitu hero ini sangat sedih dan dia tersedar dari hidup. Semua staff dibawah jagaan abang hero ini memilih hero ini untuk menjadi kapten kapal dan memberi arahan pada staff-staff bawah jagaannya.So...apa yang terjadi selepas itu, korang pergila tengok sendiri kih...kih...kih....nanti tak best la pulak kalau bella ceritakan semuanya ha...ha..ha.. :)