May 7, 2012

AVENGERS

Salam readers,

1. Ada apa dengan avengers? of course la movie yang terhangat di pawagam sekarang ini. Semalam bella dan adik-adik bella pergi tonton wayang ini cerita. kami tengok tayangan dalam pukul 6pm. Memang best citer ni sebab semua hero dan heroin bergabung dalam satu cerita dan dinamakan team avengers, semua pelakon yang bella minat dan ceritanya pun bella ikuti.Cerita ini mengisahkan tentang planet lain datang ke bumi untuk memusnahkan bumi ini. 

2. Sekiranya u olllzsss tengok citer Thor mesti u olllzsss faham sebab ada bersangkut paut dengan kisah Thor dan adik angkatnya yang gila kuasa nak jadi raja dan berdendam dengan Thor disebabkan kehebatan Thor. Kisah Thor ini separa Dewa dan lagenda.Adik angkat Thor nama Loki dan dia pegang watak jahat yang amat. Thor adalah seorang lelaki yang dilahirkan sebagai seorang wira dan ayahnya juga sangat bangga dengan bakat Thor dan ada ciri-ciri seotang raja yang baik, tetapi adik angkatnya iri hati dengan bakat yang ada pada Thor. Dan timbullah segala idea kejahatan dikepala Loki.  

3. Ditambah pulak dengan Tony Stark yang dikenali Iron Man dan saintis yang bijak dan handsome. Tony Stark adalah salah seorang actor feveret i tau, dia seorang yang agak gila-gila, kelakar dan bijak. Dengan kebijaksanaannya dia dapat menyelamatkan  manusia dari serangan jahat dan dengan kecanggihan internet dan gajet-gajetnyer, fullamak canggih manggih dan maveles lah....

4.Captain Amerika pulak sememangnya handsome dan kisahnya dahulu captain amerika dalah seorang soldier dan dia telah berperang dan jatuh di kawasan ais dan tertidur selama 70 tahun. Apabila Captain Amerika bangun, negara sudah pun berubah dengan maju dan kecanggihan yang ada dan dia diberitahu dia menang semasa berperang. 

5. Ok, now cerita pasal heroin dia pulak iaitu Natasha. Kalau u olllzsss tengok citer Iron Man 2, Natasha adalah pembantu kepada girlfriend Tony Stark iaitu Pepper. Itu dalam citer Iron Man, dalam citer Avengers ni dia heroin. Setiap cerita mestilah ada heroin dan penyerikan kalu tidak x best la pulak ceritanya. 

6. Kisah Dr Banner pulak, masih ingat ker namanya he..he..he...Kalau sebut hulk mesti ingatkan  hik..hik..femes tu citer dia. Uih kalu marah jadi hulk la takutnyer dahler besar warna hijau pulak tu kih..kih..kih...Apapun best 

7. Hero yang pandai memanah tu namanya ialah Barton, handsome juga kan...kalu tak handsome x der la jadi pelakon kan...cerita kisah hero ini bella tidak ingat, maap yer u ollzsss

8. Hero negro tu pulak namanya Fury. Dalam citer Iron Man, dia agen perisik dan dia ada sebut dalam iron man 2 part last sekali tentang projek avenger ini. Dia adalah mastermind dan dia juga ada intention yang baik tentang kawan-kawan yang dijemput khas sebab percaya dengan kebolehan masing-masing dapat menyelesaikan masalah peperangan ini dengan baik.

Huh penat juga karang citer pasal Avengers ni, ini baru pendek jer citernya kalu panjang macam novel tu, adus mau tido bella terus tak jadi citer he..he..whatever now layan gambar .......


THOR

CAPTAIN AMERIKA/ROGER

TONY STARK/IRON MAN

NATASHA ROMANOFF

BARTON

DR BANNER/HULK

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!