Salam readers,
Hari ini bella nak cerita tentang first catwalk bella di event showkita awesome. Showkita berlangsung pada 1 May, 2012 baru-baru ini.Event ini ada lima tema iaitu Bridal, Elegant, Fantasy,Vintage & Arabic. Bella memilih tema bridal. Baju sponsor oleh Sutera Nan Sehelai Bridal yang terletak di Wangsa Maju. Kami semua dibahagikan group. Group bella no. 57 dan kami namakan group ini d'suci he..he..Group bella terbahagi kepada 2 orang talent, 2 orang mua dan 1 orang photog. Kami semua sampai dalam 8.30 pagi macam tu. Sampai sana biasalah jumpa kawan-kawan bella seronok kemain lah lagi-lagi kami semua team ESM. Borak-borakla dulu. Kami mula make-up pukul 9.00 pagi. Event start pukul 2.00 petang. Make-up mengambil masa 1 jam lebih. Selepas makeup kami terus ke bilik persalinan. Selepas siap semuanya kami semua yang memilih tema bridal akan bercatwalk dahulu. Hati bella berdegup kencang macam nak meletop takut punya pasal. Nak catwalk atas pentas dengan tontonan ramai orang gurlp..gurlp telan air liur bella takutttttnyer....tapi bella kuatkan semangat.Bella masih ingat lagi di ESM, bella diajar macam mana nak control kita punya emosi takut dan bila kita berjalan di atas pentas kita haruslah berlagak macam diva seolah-olah kita memperagakan baju yang berharga puluhan ribu ringgit. Inilah hasilnyer first catwalk bella, tak de la macam model runway fashion show yang professional tu tetapi bella akan cuba yang terbaek lagi di masa akan datang...Layannnn n bersambung................:)
Cantik..cantik..cantik!!
ReplyDeletetq kak zara, first time nih nerves giler......tapi pengalaman tu best
ReplyDelete