Salam semua,
Beberapa hari ini bella tidak menghapdet belog kesayangan bella kan... So hari ini bella update cerita tentang percutian bella ke Cameron Highland pada 12/5/2012-13/5/2012. Bella sekeluarga, abang ipar dan anak saudara, so tiga family kereta berasingan. Kami bertolak seawal 8.30 pagi. Perjalanan kira-kira tiga jam macam tu. Rasa seronok sebab agak lama juga kami tidak bercuti disebabkan sibuk dengan kerja harian dan biz kecil-kecilan kami. Humaira paling seronok jalan-jalan, sudah banyak kali dia tanya bila kita nak jalan-jalan. Apabila humaira dapat tahu kami akan pergi bercuti ke Camron Highland bukan main seronok lagi. Eksaited bangun pagi. Sampai di Cameron Highland jam 12 tengahari . Kami semua dapat rasakan angin sepoi-sepoi sejuk jer rasanya. Hilang stress di bandar dan lupakan sekejap tentang kerja. Huh lega rasanya...Memang betul kata semua orang kalau kita nak hilangkan stress dan penat bekerja harus bercuti dengan family tidak kisah ler dalam negara ataupun luar negara. Kami sudah pun booking awal-awal hotel senangkan pergi terus check in. Kami memilih Hotel Coutry Lodge Resort yang terletak di Brinchang.Harga pon tak der la mahal sangat berpatutan untuk bercuti. Sebelum kami check in hotel, kami sempat lagi menyinggah kat kedai-kedai tepi jalan yang banyak jual barang cenderamata, strawberry kering, bantal dan macam-macam lagi. Geram jer tengok rasa nak beli semua strawberry yang ada disitu, tetapi tujuan pergi ke sana bukan untuk shopping sakan tetapi menikmati percutian dan rehatkan otak....... Bella kalau pergi bercuti, mestilah nak membeli gak cenderamata ker bantal ker. Rugi ler kalau tidak shopping bantal strawberry kih..kih..... Ok sekarang kita tengok gambar-gambar yang diambil semasa di sana - Part 1
Adik pon seronok kemain kalau jalan-jalan...:p |
confius kat mana nih yer...keh..keh...;p |
in hotel |
Inilah hotel Country Lodge Resort |
Ini adik bella namanya farah hanim + assisstant bella ha..ha..;p |
Tinggi macam patung kih..kih...;p |
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!