Showing posts with label CATWALK. Show all posts
Showing posts with label CATWALK. Show all posts

May 23, 2012

CATWALK EVENING DRESS

Salam readers,

Petang ini bella akan update belog kesayangan bella ini. Pada hari sabtu minggu lepas bella join event NMS Bridal. Kalau u ollzss masih ingat pada entry lama bella, bella adalah Top 10 finalist untuk bridal ini. Ok event ini hanya reunion sesama kami jer but organizer Pn Ain Sibon beri peluang kepada talent-talent newbie dan juga photog-photog untuk lagi memeriahkan event ini. Event ini dilangsungkan  di Pullman Lakeside Putrajaya. Nice view dan ramai pengantin, model selalu shoot dekat situ sebab tepi tasik, lalang dan banyak view yang boleh dijadikan tempat photoshoot. Hubby bella selalu la shoot sunrise dekat situ. Ok, kita sambunga balik bout event tadi masing-masing bawa makanan seperti kuih-muih, apam polkadot, nasi goreng, bihun goreng, buah-buahan, air berkarbonat, bubur lambuk dan macam-macam lagi. Kenyang la kami semua semasa event dijalankan. Opps lupa pulak nak beritahu tema ape yerk! Temanya ialah evening dress. Bella punya dress ditaja oleh Bussaina Rias a.k.a Hayat Bussaina. Kak Hayat adalah seorang jurumekap andaman dan juga mempunyai pakaian-pakaian pengantin dan lain-lain untuk disewa. Bella sampai pukul 8 pagi macam tu, diantara yang terawal gitu. Disiplin kena jaga dik  kalau nak pergi jauh dalam bidang ini , kata-kata nasihat dari hubby dan ESM. Disebalik event ini ramai juga talent-talent yang tidak hadir dan ada yang accident kereta tetapi tidak aper kami teruskan juga event ini. Dalam pukul 2 petang, kami harus berkumpul untuk bercatwalk. Catwalk inilah yang selalu buat bella rasa macam serba tidak kena tetapi dengan latihan yang diberi dan practise be confident hik..hik...Selepas habis catwalk, sesi pengumuman pemenang dan sesi penerimaan sijil. Sampai pukul 5 macam tu kami semua bersurai dan bebas berphotoshoot. Citer yang sangat ringkas harap-harap u olllzsss faham erk, now we enjoy with photo luv u mmuah!!!!!!!


Talent : Nora Bella
MUA : Ismarina
Photog : D'suci Photography
Wardrobe : Hayat Bussaina
Organizer : Nurmayangsari Bridal
Location : Pullman Lake Side Putrajaya









I LOOIKE !!!!!



Suka gambar ini sebab ada daun-daun dekat kepala nampak kelainan



salah satu feveret pose





May 2, 2012

CATWALK

Salam readers,

Hari ini bella nak cerita tentang first catwalk bella di event showkita awesome. Showkita berlangsung pada 1 May, 2012 baru-baru ini.Event ini ada lima tema iaitu Bridal, Elegant, Fantasy,Vintage & Arabic. Bella memilih tema bridal. Baju sponsor oleh Sutera Nan Sehelai Bridal yang terletak di Wangsa Maju. Kami semua dibahagikan group. Group bella no. 57 dan kami namakan group ini d'suci he..he..Group bella terbahagi kepada 2 orang talent, 2 orang mua dan 1 orang photog. Kami semua sampai dalam 8.30 pagi macam tu. Sampai sana biasalah jumpa kawan-kawan bella seronok kemain lah lagi-lagi kami semua team ESM. Borak-borakla dulu. Kami mula make-up pukul 9.00 pagi. Event start pukul 2.00 petang. Make-up mengambil masa 1 jam lebih. Selepas makeup kami terus ke bilik persalinan. Selepas siap semuanya kami semua yang memilih tema bridal akan bercatwalk dahulu. Hati bella berdegup kencang macam nak meletop takut punya pasal. Nak catwalk atas pentas dengan tontonan ramai orang gurlp..gurlp telan air liur bella takutttttnyer....tapi bella kuatkan semangat.Bella masih ingat lagi di ESM, bella diajar macam mana nak control kita punya emosi takut dan bila kita berjalan di atas pentas kita haruslah berlagak macam diva seolah-olah kita memperagakan baju yang berharga puluhan ribu ringgit. Inilah hasilnyer first catwalk bella, tak de la macam model runway fashion show yang professional tu tetapi bella akan cuba yang terbaek lagi di masa akan datang...Layannnn n bersambung................:)