Showing posts with label PHOTOSHOOT. Show all posts
Showing posts with label PHOTOSHOOT. Show all posts

Feb 1, 2014

PHOTOSHOOT STUDIO (GOJES SHOP)


Kali ini photoshoot studio bertempat di Seksyen 15 Shah Alam Dak Teropong Studio. Bella menggayakan wadrobe dari Gojes Shop Butik. Bab-bab photoshoot ni memang bella suka sebab boleh merasai menggayakan baju-baju cantik heheheh... Sekarang ini trend kebaya kimono, so bella menggayakan 3 wadrobe kebaya kimono dari Gojes Butik ..Memang gojes - gojes bajunya hehehehe.... I loikeeee.

Lokasi : Studio Dak Teropong
Wadrobe :  Gojes Shop
Make-up : Nora Bella.. it's me 
Photog : Biskut Kering

Sebarang tempahan boleh klik link butik di atas yerr.. Terima Kasih semua. 


















PHOTOSHOOT BRIDAL



Salam diucapkan , kali ini bella ingin bercerita tentang photoshoot bridal. Ekceli photoshoot ini dijalankan dua minggu lepas, bella tidak berkesempatan untuk story mory dalam blog kesayangan bella ini heheh. Now berkesempatan apa lagi moh kita story mory dan gambar-gambarnya sekali. Wadrobe bridal memang meletop habiss... bajunyer aje yerr bella biasa-biasa ajerr hehehehe. Jom layannnnzzzzz !!!!!!!

Lokasi : Astana Morroco
Wadrobe Bridal : Ummi Bridal & Spa
Make-up : Aishiteru Mazz. Ini link fb beliau yerr SINI 
Photog : Zul De Sniper . Tekan SINI (Page D'suci Studio)


Sekiranya berminat untuk bertanya tentang wadrobe boleh hubungi Mazz yerr. Untuk photography boleh hubungi zul di h/p no. 012-3636373 . Terima Kasih semua 
















Oct 21, 2012

GLAMOUR DAY


Selamat berhujung minggu.  mesti u ollzss semua sudah ada plan bila tiba hujung minggu kan. Jalan-jalan bawa anak-anak di shopping complex, taman untuk riadah dan macam-macam lagi,. kalau yang belum kawin mestila mau ngedate kan hi..hi... teringat zaman-zaman bujang dulu ahaks ;p

Ok, bella nak cerita tentang photoshoot yang dijalankan baru-baru ini di Taman Empang PICC dan Taman Chansery Putrajaya. Wardrobe disediakan dan Makeup juga disediakan. Bella apalagi join la bila kedua-duanya sudah ada dan itu lebih mudah bagi bella. Tak yah susah-susah nak cari wardrobe dan makeup. Organizer Cik Aishiteru Mazzz merangkap Presiden Club ESM. Bella tiba disana jam 8.00 pagi sambil menunggu diaorang sampai bella dan hubby breakfast dulu ler..Yang mana sampai awal makeup first and terus shoot. Bila tiba waktu tengahari kami semua bertukar tempat shoot di taman chansery pulak. ermm panas skang ni lain macam ......tetapi bella dan talent lain-lain berjaya habiskan photoshoot sampai petang. walaupun panas terik, kami happy dan enjoy sangat. Bella dapat kenalan baru lagi beshhh sangat.moment yang tidak dapat dilupakan..Jomm tengok gambar..;)

CLOSE-UP

FULL BODY

MEDIUM CLOSE-UP







kami semua oyehhhhh


Mood : happy dan insyaallah lain kali ada rezeki kita jumpa lagi...:)


Jul 23, 2012

PHOTOSHOOT OUTDOOR WITH BUSANA SOFFI





Sesi photoshoot ini adalah sebelum puasa yer.....Busana Soffi's http://www.facebook.com/busana.soffis (ini link fb busana soffi's) ada postkan difacebook beliau mencari talent untuk menggayakan pakaian busana diorang.MUA pun diorang providekan. Bella masa tu berfikir dah lama tak outing boleh juga nak tambah portfolio. Tempat photoshoot kat Taman Botani Putrajaya dekat jer dengan rumah bella lagilah senang keje bella. Talent yang join 7 orang sahaja. Bella tiba di Taman Botani Putrajaya dalam jam 1.40pm macam tu. Sampai jer kat taman botani bella tercari-cari juga kat mana talent-talent lain berkumpul. Rupanya kat satu pondok jalan masuk ke dewan. Masa tu juga dewan tu ada kenduri kahwin la pulak memang ramaila orang kat situ. Bella berkenalan dengan talent-talent baru Sue, Norlela, Evanis  dan yang lain-lain tu sudah mengenali sesama lain. Sesi makeup bermula dan tukar wardrobe dan sesi photoshoot bermula jam 3pm. Officially photog untuk busana soffi's ini adalah perempuan syafinna photography http://www.facebook.com/miz.nurain (ini link fb syafinna). Yang bestnyer mua dan photog ni kembar seiras rupanya.Bisnes family. Sesi photoshoot selesai dalam jam 7.00pm.Jom tengok gambar....























Bergambar bersama photog fie


Bergambar ramai-ramai sebelum bersurai....