Jul 23, 2012

PHOTOSHOOT OUTDOOR WITH BUSANA SOFFI





Sesi photoshoot ini adalah sebelum puasa yer.....Busana Soffi's http://www.facebook.com/busana.soffis (ini link fb busana soffi's) ada postkan difacebook beliau mencari talent untuk menggayakan pakaian busana diorang.MUA pun diorang providekan. Bella masa tu berfikir dah lama tak outing boleh juga nak tambah portfolio. Tempat photoshoot kat Taman Botani Putrajaya dekat jer dengan rumah bella lagilah senang keje bella. Talent yang join 7 orang sahaja. Bella tiba di Taman Botani Putrajaya dalam jam 1.40pm macam tu. Sampai jer kat taman botani bella tercari-cari juga kat mana talent-talent lain berkumpul. Rupanya kat satu pondok jalan masuk ke dewan. Masa tu juga dewan tu ada kenduri kahwin la pulak memang ramaila orang kat situ. Bella berkenalan dengan talent-talent baru Sue, Norlela, Evanis  dan yang lain-lain tu sudah mengenali sesama lain. Sesi makeup bermula dan tukar wardrobe dan sesi photoshoot bermula jam 3pm. Officially photog untuk busana soffi's ini adalah perempuan syafinna photography http://www.facebook.com/miz.nurain (ini link fb syafinna). Yang bestnyer mua dan photog ni kembar seiras rupanya.Bisnes family. Sesi photoshoot selesai dalam jam 7.00pm.Jom tengok gambar....























Bergambar bersama photog fie


Bergambar ramai-ramai sebelum bersurai....


HIJABISTA



Pertama sekali bella nak ucapkan salam ramadhan. Semoga semua umat islam berpuasa yer.....Ok now bella nak ceritakan tentang Majalah Hijabista. Apa tu hijabista. Hijabista adalah hijab maksudnyer bertudung untuk wanita atau perempuan yang beragama islam. Untuk keluaran yang pertama, pihak karangkraf ada meminta pendapat berhijab di laman page facebooknya http://www.facebook.com/hijabistamagazine. So, ramai la wanita yang berhijab di Malaysia ini terutama yang ada account fb emailkan pendapat tu kepada editor karangkraf  termasukla bella hi..hi..Apabila majalah hijabista yang pertama dipasarkan bella tidak sabar nak tengok apa isinya, memang banyak cara-cara untuk menggayakan tudung seperti shawl, scarf, turban, bawal, dan macam-macam lagi. Siap ada tutorial lagi. Belek-belek punya belek, tetiba nampak gambar bella dekat ruangan pendapat berhijab. Owh terkejut sangat sebab bella memang tidak sangka yang pendapat bella itu telah terpilih untuk memasuki majalah hijabista keluaran pertama. Rezeki katakan alhamdulillah.Apa lagi gembira la sebab sebelum ni wajah bella belum pernah muncul di mana-mana majalah kat Malaysia.Ini adalah langkah yang pertama bella dalam bidang modelling untuk terus maju dan dikenali. Jom kita tengok gambar....walaupun kecil tetapi ia amat berharga bagi bella dan kenangan manis dalam hidup bella...mmuah!!!
cover majalah hijabista

Inilah saya (bella)

Jul 22, 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Setiap umat islam diwajibkan berpuasa di bulan ramadhan kerana banyak fadhilat dan kelebihan-kelebihan di bulan yang mulia ini.Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i) . Semoga kita semua mendapat banyak fadilat di bulan ramadhan ini aminn....

Jul 9, 2012

BUTIK HIJAB



Jom kita lawat blog Rawisya Hijab Boutique untuk lihat tudung-tudung yang bersesuaian dan harga pon berpatutan...http://rawisyahijab.blogspot.com

THANK YOU



Terima Kasih tidak terhingga pada yang sudi lawat blog bella ini. Semoga u ollzs semua sentiasa ceria dan bahagia tak mau sedih-sedih....Yang buruk datang dari bella dan yang baik semua dari Allah S.W.T. 

Jazzakumullah BarakAllahu fikum... 

CONTACT



Inginkan model untuk peragakan fesyen busana anda, untuk bertanya tentang compcard dan pakej-pakej lain boleh la e-mail ke nznasuha@gmail.com or call my hp 017-3985128. Thank you....


TWITTER



Twitter? ha..ha... ekceli dulu bella pun tidak tau apa itu twitter, now bella sudah tahu dan memiliki account twitter... Twitter ni lebih kurang facebook tapi lain sikit sebab twitter ni kita tak perlu nak add friends just follow jer kita boleh tau perkembangan kawan-kawan kita. Follow la artis kegemaran kita maca yang bella buat. seronok juga layan twitter up to date dan pantas gitu...jom kita ramai2 buat account twitter dan jangan lupa follow bella @nznasuha....Thank you

FB



Facebook a.k.a laman muka buku. Sekarang hampir semua orang memeliki account facebook ini termasukla bella hi..hi...senang nak cari kawan, info, beli barang2 especially yang suka shopping mcm saya he..he.. Ok facebook bella ialah Nora Bella http://www.facebook.com/nora.bella.33. Sesiapa yang ingin mengenali bella boleh la add yer. Thak you...

COMPCARD



Ramai yang tanya dengan bella compcard tu macam mana? Ok now bella akan beritahu compcard ialah dengan memilih gambar-gambar yang terbaik untuk diletakkan di dalam compcard. Compcard bersaiz A4 dan gambar depan dan belakang mengikut citarasa masing-masing. Kalau hendak gambar diletakkan di depan sahaja pun boleh atau hendak depan belakang pun boleh. Compcard ini penting sebagai bukti seorang model apabila pergi menjalani sesi casting di butik-butik. Sesiapa yang berminat untuk melihat pakej-pakej compcard sila layari laman facebook http://www.facebook.com/pages//Dsuci-Photoghraphy . Thank you...


Nama penuh saya Nornashuha Binti Assahari.Nama di facebook Nora Bella.Nama panggilan rakan sekerja nora  Anak pertama dari 3 beradik. Lahir di Terengganu. Bersekolah di terengganu dan melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Sekarang bekerja di Putrajaya dan menetap di putrajaya. Bella sudah pun berumah tangga dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Suami bella namanya Zulfadhli Che Hassan, seorang hubby yang caring, loving dan bertanggungjawab. Anak pertama bella nama Dhiya Humaira Batrisyia, berumur 5 tahun dan sekolah di tadika abim.Suka melawa, baca buku, swimming dan nyanyi...Anak kedua bella namanya Muhammad Asyraf Darwisy, berumur 10 bulan. Suka makan,  membuas je kejenya...Inila family kecil bella....


Blog ini untuk coretan tentang kehidupan, info-info terkini, carier, love, modelling dan macam-macam lagi. Sudi-sudilah lawat blog yang tidak seberapa ini..mmuah!!!!!


Jul 2, 2012

SBSM 30.6.2012



Hari ini bella ingin cerita tentang class sbsm pada 30.6.2012 yang diadakan di studio ESM bertempat di Putra Walk berdekatan di Jaya Jusco Taman Equine Seri Kembangan. Agak lama juga bella tidak dapat join sbsm sebab kekangan masa gitu. Busy benar bunyi yer!!!! Tapi kali ini bella dapat join dan dapat berkenalan dengan bakal-bakal talent atau model yang baru. Bella sudah beberapa kali join sbsm ni, sebenarnya tidak kisahla berapa kali kita nak join atau tidak, tapi pada bella apabila sudah lama kita tidak join class sebegitu perlu refresh diri sendiri. Selalu-selalu rajin hadiri class, event photoshoot tidak kira outdoor atau indoor, grooming event dan event yang melibatkan tentang modelling. Bakal-bakal model baru kita berphotoshoot pertama kali di sbsm. Inilah hasilnya selepas diajar tentang pose, level confident, emosi.......suka tengokkkk!!!!!











Jun 23, 2012

PANGGILAN YANG HAPPY



Malam ini bella akan cerita tentang satu panggilan. Jeng!jeng!jeng! panggilan misteri kah? Owh bukan ekceli bella dapat panggilan dari kumpulan karangkraf, bella diinterview sebagai pengguna android. Android adalah satu gadjet yang baru diperkenalkan oleh Samsung. Sesiapa pengguna samsung mesti tahu apa itu android. Memang best, banyak info, game, entertainment, news dan macam-macam lagi. Orang yang call bella adalah kak rin dari karangkraf . Bella diberitahu bahawa sesi interview dan pendapat-pendapat bella tentang android ini akan dimasukkan di dalam Majalah NUR bulan August nanti. Terkejut bella, owh tidak sangka me akan masuk majalah NUR. Alhamdulillah syukur, berkat usaha bella selama ini ada juga hasilnya walaupun satu slot dalam magazine. Gembira tidak terkata sebab bella memang tidak pernah sangka yang bella akan terpilih sebab ramai lagi diluar sana yang hebat-hebat belaka.Thanks Kak Rin call bagitahu. 

Jun 21, 2012

DUGAAN



Kenapa tajuk dugaan? Sebab semua hamba Allah S.W.T  yang hidup didunia ini tidak kira bangsa dan agama akan menerima dugaan dan ujian daripadaNya. Termasuk la bella sekarang ini, walaupun dugaan datang dalam hidup bella, bella akan tempuh dengan sabar dan tawakkal sebab setiap dugaan yang datang ada hikmah disebaliknya. Allah tidak akan menguji seseorang sekiranya seseorang itu tidak dapat menghadapi dugaan ini. Bella berharap apa yang berlaku sekarang ini, bella dapat sabar dan tempuh  dengan baik dan dalam masa yang sama bella akan bangkit semula untuk berjuang dan mengejar impian bella dengan izinNya amin.....Kadang-kadang bella rasa bila luahkan pada kawan2 ni tidak membantu apa2 pun , baik kita luahkan pada Yang Maha Esa kerana Dia sentiasa mendengar, melihat dan menolong kita baik dalam kesenangan atau kesusahan. 

Jun 14, 2012

PANCAKE A.K.A LEMPENG



Hari ini bella akan cerita tentang pancake a.k.a lempeng. Ekceli bella pernah buat pancake ni pada hari sabtu lepas, then semalam humaira cakap " ibu, kakak nak makan pancake la ibu nak bawa ke sekolah"alahai siannya bila dengar macam tu. Jawapan bella mestila ok sebab semua ibu-ibu didunia ini akan jawab macam itu untuk kegembiraan anak hi..hi... Pukul 6.30am bella bangun siapkan pancake untuk humaira dan untuk papanya sekali. Korang mesti nak tau resipi pancake bella kan senangjer he..he...jap lagi bella akan beri resepi di bawah yer. Humaira suka sangat dapat makan pancake dan bawa pergi sekolah. Kegembiraan anak adalah kegembiraan kita juga sebagai ibu bapa. Now bella akan letakkan resipi pancake buatan bella di bawah ini, so sesiapa yang belum cuba membuat pancake bolehla ikut resipi ini 

Bahan-bahan

1. Tepung Gandum - 2 cawan
2. Telur - 3-5biji (ikut korang kalau korang nak lemak letak la 5 biji)
3. Butter - 2 sudu cairkan
4. Susu cair - 1 tin
5. Soda bikarbonat - 2 sudu kecil

Cara-caranya


Masukkan tepung gandum 2 cawan dan soda bikarbonat dalam bekas yang pertama . Ok, pastu sediakan bekas yang kedua pecahkan telur ikut anggaran tadi, masukkan butter yang sudah dicairkan, susu 1 tin  kacau bahan-bahan yang dimasukkan tadi. Selepas kacau masukkan bahan-bahan dalam bekas kedua tadi ke dalam bekas pertama dan kacau hingga sebati. Sediakan kuali leper yer masukkan minyak sedikit then goreng ler sampai siap dan hidangkan. U olllzsss boleh makan pancake dengan madu, kaya, nutella or susu pekat untuk ada rasa la....gambar seperti dibawah he..he..Selamat mencuba.....







Jun 10, 2012

CLASS MAKEUP

Salam readers,

Hari ini bella akan update story mori tentang class makeup di Keramat semalam.Bella hadiri class makeup yang diajar oleh Kak Anne. Ekceli sebelum ini bella pernah hadiri sesi casting untuk miss & mrs muslimah, magazine, iklan tv dengan kak anne nih dan kak anne juga seorang MUA a.k.a Make-up Artist he...he..he... Ok apa yang bella belajar semalam, nak tau mai belajar ngan bella kih..kih...x dela gurau jerk. Ok, semalam bella belajar basic makeup dan bridal makeup. Class start pukul 11pagi hingga 6 petang. Student yang hadiri dalam 7 orang termasuk bella. Mula-mula belajar tentang kulit masing-masing dan kenal barang-barang makeup dan brush untuk digunakan semasa make-up client. Huh! banyak sungguh rupanya barang-barang dan brush untuk make-up client dan barang-barang yang digunakan semua nya berkualiti tinggi untuk mendapat hasil yang terbaik. Jenama yang digunakan oleh Kak Anne adalah MAC dan CLINIQUE.Bella suka loose powder clinique sebab buat kulit kita nampak gebu, smooth dan licin..... Ok selepas kenal-mengenali barang-barang tu semua, perut masing-masing mendendangkan lagu ha...ha...ha...apalagi joommm makan...Kitorang lunch di kedai yang berhampiran. Rehat selama satu jam. After balik lunch, kami semua disuruh untuk buat tutorial makeup sesama kami ... Bella makeupkan muka hasri , mula-mula rasa takutnya tetapi bila lama sikit rasa macam confident level datang dengan  sendiri ...seronok juga bila mencantikkan muka orang ini...tetapi bella harus belajar banyak lagi tentang kening dan mata.....next time ada masa bella akan belajar lagi.......Bella harus praktik selalu dan kenal betul-betul dengan brush dan barang-barang barulah confident untuk makeup muka client. Ready for 2013 my plan untuk kerja sebagai MUA or Andaman Pengantin hopefully berjalan dengan lancar dan murahkan rezeki aminnnnn!!!!!!! Gambar akan diupdate kemudian erkkkk ...... Ok adios babeh !!!!! Mmuah!!!!!

CASTING FASHION SHOW

Salam readers,

Hari ini bella akan update tentang casting di Empayar Siti Murni pada hari Sabtu 9/6/2012. Sesi casting ini dijalankan di Studio ESM yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Casting ini dibuat untuk mencari model-model untuk peragakan dress keluaran ESM yang akan dilancarkan dalam pertengahan bulan Jun ini. Ramai juga yang datang hebat-hebat belaka tetapi tidak salah mencuba nasib kan sekiranya bella ada rezeki alhamdulillahhhh!!!! Yang penting kita usaha kan...Tema untuk casting ini skirt dan dress. Bella menggayakan dress yang bella beli dari butik mama. Semasa sesi casting dijalankan alhamdulillah semua soalan yang ditanya oleh juri semua bella dapat jawab dengan baik. Selepas semua selesai, bella pun berangkat pulang dengan tawakkal sebab kita sebagai orang islam , sekiranya ingin kan sesuatu haruslah berusaha, berdoa dan bertawakkal. Itulah yang selalu bella pegang....Ok hari ini tak ada gambar untuk ditatap next time yeh babeh!!!!mmuah!!!!


Jun 8, 2012

KARANGKRAF

Salam readers,

Hari ini bella akan hapdet belog tentang test shoot at karangkraf shah alam. Ekceli tidak di plan tetapi bella ada terbaca kat facebook nur ada post tentang test shoot untuk magazine nur. Wah ! ini sangat menarik nih, so bella pun cuti keje hari ini untuk mencuba nasib. Pagi-pagi lagi bella plan nak pakai baju apa yer? ermmm lama juga bella dok belek baju- baju bella dalam almari tu last- last bella pilih pakai skirt merah + baju purple dan tudung bawal merah. Apalagi makeup la seterusnya memandangkan tidak ada sponsor makeup so bella buat sendiri semuanya. Test shoot ini diadakan di Kumpulan Krangkraf di Shah Alam. Start pukul 3-5pm. Bella sampai disana dalam 2.50pm macam tu. Anyway thanks to my hubby temankan luv u so much mmuah!!!! coz always beri support. Berdebar-debar rasanya shoot studio karangkraf ni kan yer la kan first time kan shoot untuk pencarian majalh nur . Ramai yang datang untuk mencuba dan kalau ada rezeki adalah kan. kalau tak ada pun next time boleh cuba lagi dan perbaiki mana yang patut. Always think positive. Bella dalam first group. Kami di bawa ke tingkat 2 dimana studio shoot berada. Sambil jalan ke studio tu sempat juga bella melilau department2 derang tu besar sungguh dan semuanya orang melayu. Kagum sungguh dengan mr ceo karangkrag tuan haji sebab memberi peluang kepada orang melayu kita kan. Harus dijadikan contoh pada usahawan2 melayu masa kini. Eh!! citer lainla plak. Ok now sambung citer tadi, sesampainya kami di studio terus start shot. Bella orang ketiga dan bella buat yang terbaik hopefully. Selepas kami semua first group shoot, kami pun boleh pulang. Siap shoot dalam pukul 4 petang. Bella dan hubby singgah sebentar di galeri buku karangkraf. Apalagi shopping buku la plak kih....kih....Ok sampai sini jer 

Jun 6, 2012

GUCCI FLORA EDP

Salam readers,

Hari ini bella akan menghapdet belog kesayangan bella ini tentang perfume yang baru bella beli iaitu Gucci Flora Perfume EDP. Kalau u olllzss nak tau bella adalah salah seorang pengumpul perfume he..he.. Bella suka mencuba perfume -perfume yang baru samada sesuai atau tidak dengan badan bella. Sebelum ini sudah banyak jenama yang bella beli dan pakai seperti Escada, Thierry Mugler Angel (favourite Dato Siti Nurhaliza), Eternity Moment, Coach, DKNY, Ralph Lauren, Paris Hilton, Kenzo Flower, Dolce & Gabbana , Versace, Lancome, Hugo dan Gucci. Ini sahaja nama-nama perfume yang bella ingat , yang lain dah tak ingat maaf la yer...hik..hik...Semalam bella sembur sedikit jer tapi baunya tahan lama sampai petang. Sedap bau perfume gucci ini memang sesuai dengan jiwa bella kih..kih...Sebelum ini favourite perfume bella adalah Dolce & Gabbana iaitu The One. Owh awesome bau dia, memang setialah dengan perfume tu sehingga baru jumpa perfume gucci ini yang kena dengan jiwa bella.Bella suka bau floral, so kebanyakan perfume yang bella beli adalah bau floral tetapi ada juga yang tidak kena dengan badan bella nih. Nampaknya ada dua jenama perfume yang bella akan setia iaitu Dolce & Gabbana & Gucci Flora EDP kah..kah..kah...Kalau nak tengok gambar perfume gucci ini sila lihat dibawah......Sesiapa yang belum cuba boleh cuba memang tidak rugi sedap baunnya bau floral........

GUCCI FLORAL EDP






THE ONE PERFUME