Showing posts with label ESM. Show all posts
Showing posts with label ESM. Show all posts

Jul 21, 2013

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM AL-NASUHA




Salam Ramadhan lagi. Buat kali ini entry bella mengisahkan tentang cerita tentang lawatan ke rumah anak yatim al-nasuha bertempat di gombak. Sebenarnya lawatan ini untuk membawa finalis-finalis Tudung Siti Murni melawat dan salah satu aktiviti sepanjang menjadi finalis sebelum tiba Malam ESM 2013 nanti. Dari situ pihak ESM akan menilai dari semua segi hi..hi... Okeyh kami berkumpul di studio ESM pada jam 9.30 pagi. Jam 10 pagi kami semua konvoi ramai-ramai dengan menaiki kereta masing-masing. Perjalanan ambil setengah jam macam tu dan kami tiba di lokasi kami disambut dengan baik oleh pengasas rumah anak yatim al-nasuha iaitu umi dan penolong-penolongnya. Apabila kaki ini melangkah masuk, perasaan sebak melanda dengan tiba-tiba. Sedih sangat melihat keadaan dan suasana kanak-kanak disitu. Satu rumah mencecah 65 orang tinggal sebumbung. Finalis-finalis beramah mesra dengan kanak-kanak disitu. Kami semua mendengar mereka semua menyanyi lagu raya dan lagu ibu. Lagu ibu itu sangat sedih mendengar. Bella sebak nak menangis rasanya. Bella memahami perasaan mereka semua yang sudah tiada ibu bapa disamping mereka kerana bella juga sudah tiada ibu bapa. Ibu bella meninggal pada tahun 2012. Bella redha dengan ketentuan-Nya. Bella ada juga beramah mesra bertanya kanak-kanak disitu ada yang sudah tiada ibu bapa, ada yang masih mempunyai ibu bapa tetapi miskin dan tidak mampu untuk menyara anak-anak mereka dan mereka tinggalkan di rumah anak yatim dan ummi pengasas rumah anak yatim an-nasuha tidak sanggup biarkan kanak-kanak itu dan terima untuk menjaga mereka. Subhanallah begiti mulia hati umi , semoga Allah merahmati meraka semua dan murahkan rezeki mereka sentiasa amin. Kami bersurai jam 12.30 macam tu. Bella sentiasa berpesan kepada anak-anak bella dan sesiapa sahaja, sekiranya kamu masih lagi mempunyai ibu atau bapa hargailah mereka seadanya. Berikan kasih sayang kamu kepada mereka supaya apabila mereka sudah tiada kita masih mempunyai kenangan-kenangan manis bersamanya. Sesiapa yang ingin menderma tidak kira dari segi kewangan, makanan, pakaian dan lain-lain bolehla lawat ke rumah anak yatim al-nasuha alamat seperti di bawah :-

RUMAH PERLINDUNGAN AL-NASUHA
NO. 5, JALAN GP 3/3
TAMAN GOMBAK PERMAI
68100 PINGGIRAN BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN
H/P: 019-9354323 (UMI)
ACC MAYBANK : 564829000530 ATAS NAMA " PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-NASUHA"


Boleh layari laman web ESM untuk melihat dengan lebih lanjut. Sekian .

P/s : Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.



Apr 24, 2013

SHOOTING TV ALHIJRAH

 

Apa khabar semua? semoga sihat hendaknyer.. Bella di sini sihat alhamdulillah hi..hi... Macam tulis surat plak dah ngee. Okeyh now bella nak update tentang panggilan dari ESM (Akademi Modelling Empayar Siti Murni) baru-baru ini untuk buat shooting tv alhijrah.Apabila bella terpilih untuk shooting tv apalagi ucapkan syukur dan op kos la gembira kan. Selama berada di ESM macam-macam benda bella dapat belajar dari zero hingga ke hari ini bella dapat ilmu yang selama ini bella tidak pernah impikan. Perjalanan hidup kita ni Allah SWT yang tentukan so kita kena redha yer sebab Allah SWT tahu apa yang tebaik buat diri kita. Okeyh shooting dijalankan pada hari ahad lepas 21/4/2013 bertempat di studio ESM seri kembangan. Before pukul 9 pagi kami model-model yang terpilih sudah berada di studio siap pakaian yang bertemakan muslimah dan makeup simple. Tv Alhijrah adakan program baru tajuk Ariana untuk muslimah style dan fashion, so tv alhijrah pilih ESM untuk memberi tunjuk ajar sebagai model muslimah. Pertama kali shooting bella rasa nebes la, but team Alhijrah semua sporting-sporting belaka so nebes pon kurang dan happy bila menggayakan apa yang disuruh oleh Pn Siti Murni Abdul Aziz (CEO ESM a.k.a Pembaca berita TV1). Shooting berakhir jam 12 tengahari macam tu.So kami ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada ESM terutamanya pada CEO ESM uni (nama panggilan siti murni) dan team alhijrah kerana memberi peluang kepada bella dan yang lain untuk mengasahkan bakat-bakat untuk menjadi model muslimah yang lebih baik di masa hadapan. Rancangan Ariana akan keluar di tv alhijrah pada bulan May nanti. Jangan lupa saksikan yerr, mana tau ada diantara kawan-kawan blogger bella berminat untuk menjadi model di bawah team ESM. Nak masuk class modelling boleh inbox bella yerr .. jom tengok pic . Ni jer yang sempat amik yang lain maaf yerr.. bella sayang korang semua be humble dan happening !!!! Ingin mengetahui tentang Akademi ESM bolehla tengok di website EMPAYAR SITI MURNI 








Mood : Idola muslimah style Heliza Helmi 


Jul 2, 2012

SBSM 30.6.2012



Hari ini bella ingin cerita tentang class sbsm pada 30.6.2012 yang diadakan di studio ESM bertempat di Putra Walk berdekatan di Jaya Jusco Taman Equine Seri Kembangan. Agak lama juga bella tidak dapat join sbsm sebab kekangan masa gitu. Busy benar bunyi yer!!!! Tapi kali ini bella dapat join dan dapat berkenalan dengan bakal-bakal talent atau model yang baru. Bella sudah beberapa kali join sbsm ni, sebenarnya tidak kisahla berapa kali kita nak join atau tidak, tapi pada bella apabila sudah lama kita tidak join class sebegitu perlu refresh diri sendiri. Selalu-selalu rajin hadiri class, event photoshoot tidak kira outdoor atau indoor, grooming event dan event yang melibatkan tentang modelling. Bakal-bakal model baru kita berphotoshoot pertama kali di sbsm. Inilah hasilnya selepas diajar tentang pose, level confident, emosi.......suka tengokkkk!!!!!