Apr 24, 2013

SHOOTING TV ALHIJRAH

 

Apa khabar semua? semoga sihat hendaknyer.. Bella di sini sihat alhamdulillah hi..hi... Macam tulis surat plak dah ngee. Okeyh now bella nak update tentang panggilan dari ESM (Akademi Modelling Empayar Siti Murni) baru-baru ini untuk buat shooting tv alhijrah.Apabila bella terpilih untuk shooting tv apalagi ucapkan syukur dan op kos la gembira kan. Selama berada di ESM macam-macam benda bella dapat belajar dari zero hingga ke hari ini bella dapat ilmu yang selama ini bella tidak pernah impikan. Perjalanan hidup kita ni Allah SWT yang tentukan so kita kena redha yer sebab Allah SWT tahu apa yang tebaik buat diri kita. Okeyh shooting dijalankan pada hari ahad lepas 21/4/2013 bertempat di studio ESM seri kembangan. Before pukul 9 pagi kami model-model yang terpilih sudah berada di studio siap pakaian yang bertemakan muslimah dan makeup simple. Tv Alhijrah adakan program baru tajuk Ariana untuk muslimah style dan fashion, so tv alhijrah pilih ESM untuk memberi tunjuk ajar sebagai model muslimah. Pertama kali shooting bella rasa nebes la, but team Alhijrah semua sporting-sporting belaka so nebes pon kurang dan happy bila menggayakan apa yang disuruh oleh Pn Siti Murni Abdul Aziz (CEO ESM a.k.a Pembaca berita TV1). Shooting berakhir jam 12 tengahari macam tu.So kami ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada ESM terutamanya pada CEO ESM uni (nama panggilan siti murni) dan team alhijrah kerana memberi peluang kepada bella dan yang lain untuk mengasahkan bakat-bakat untuk menjadi model muslimah yang lebih baik di masa hadapan. Rancangan Ariana akan keluar di tv alhijrah pada bulan May nanti. Jangan lupa saksikan yerr, mana tau ada diantara kawan-kawan blogger bella berminat untuk menjadi model di bawah team ESM. Nak masuk class modelling boleh inbox bella yerr .. jom tengok pic . Ni jer yang sempat amik yang lain maaf yerr.. bella sayang korang semua be humble dan happening !!!! Ingin mengetahui tentang Akademi ESM bolehla tengok di website EMPAYAR SITI MURNI 








Mood : Idola muslimah style Heliza Helmi 


1 comment:

  1. sweet lea awk ni..

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/2013/04/biarlah-aku-mati-dulu.html

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!