Jul 21, 2013

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM AL-NASUHA




Salam Ramadhan lagi. Buat kali ini entry bella mengisahkan tentang cerita tentang lawatan ke rumah anak yatim al-nasuha bertempat di gombak. Sebenarnya lawatan ini untuk membawa finalis-finalis Tudung Siti Murni melawat dan salah satu aktiviti sepanjang menjadi finalis sebelum tiba Malam ESM 2013 nanti. Dari situ pihak ESM akan menilai dari semua segi hi..hi... Okeyh kami berkumpul di studio ESM pada jam 9.30 pagi. Jam 10 pagi kami semua konvoi ramai-ramai dengan menaiki kereta masing-masing. Perjalanan ambil setengah jam macam tu dan kami tiba di lokasi kami disambut dengan baik oleh pengasas rumah anak yatim al-nasuha iaitu umi dan penolong-penolongnya. Apabila kaki ini melangkah masuk, perasaan sebak melanda dengan tiba-tiba. Sedih sangat melihat keadaan dan suasana kanak-kanak disitu. Satu rumah mencecah 65 orang tinggal sebumbung. Finalis-finalis beramah mesra dengan kanak-kanak disitu. Kami semua mendengar mereka semua menyanyi lagu raya dan lagu ibu. Lagu ibu itu sangat sedih mendengar. Bella sebak nak menangis rasanya. Bella memahami perasaan mereka semua yang sudah tiada ibu bapa disamping mereka kerana bella juga sudah tiada ibu bapa. Ibu bella meninggal pada tahun 2012. Bella redha dengan ketentuan-Nya. Bella ada juga beramah mesra bertanya kanak-kanak disitu ada yang sudah tiada ibu bapa, ada yang masih mempunyai ibu bapa tetapi miskin dan tidak mampu untuk menyara anak-anak mereka dan mereka tinggalkan di rumah anak yatim dan ummi pengasas rumah anak yatim an-nasuha tidak sanggup biarkan kanak-kanak itu dan terima untuk menjaga mereka. Subhanallah begiti mulia hati umi , semoga Allah merahmati meraka semua dan murahkan rezeki mereka sentiasa amin. Kami bersurai jam 12.30 macam tu. Bella sentiasa berpesan kepada anak-anak bella dan sesiapa sahaja, sekiranya kamu masih lagi mempunyai ibu atau bapa hargailah mereka seadanya. Berikan kasih sayang kamu kepada mereka supaya apabila mereka sudah tiada kita masih mempunyai kenangan-kenangan manis bersamanya. Sesiapa yang ingin menderma tidak kira dari segi kewangan, makanan, pakaian dan lain-lain bolehla lawat ke rumah anak yatim al-nasuha alamat seperti di bawah :-

RUMAH PERLINDUNGAN AL-NASUHA
NO. 5, JALAN GP 3/3
TAMAN GOMBAK PERMAI
68100 PINGGIRAN BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN
H/P: 019-9354323 (UMI)
ACC MAYBANK : 564829000530 ATAS NAMA " PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-NASUHA"


Boleh layari laman web ESM untuk melihat dengan lebih lanjut. Sekian .

P/s : Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!