Jun 14, 2012

PANCAKE A.K.A LEMPENG



Hari ini bella akan cerita tentang pancake a.k.a lempeng. Ekceli bella pernah buat pancake ni pada hari sabtu lepas, then semalam humaira cakap " ibu, kakak nak makan pancake la ibu nak bawa ke sekolah"alahai siannya bila dengar macam tu. Jawapan bella mestila ok sebab semua ibu-ibu didunia ini akan jawab macam itu untuk kegembiraan anak hi..hi... Pukul 6.30am bella bangun siapkan pancake untuk humaira dan untuk papanya sekali. Korang mesti nak tau resipi pancake bella kan senangjer he..he...jap lagi bella akan beri resepi di bawah yer. Humaira suka sangat dapat makan pancake dan bawa pergi sekolah. Kegembiraan anak adalah kegembiraan kita juga sebagai ibu bapa. Now bella akan letakkan resipi pancake buatan bella di bawah ini, so sesiapa yang belum cuba membuat pancake bolehla ikut resipi ini 

Bahan-bahan

1. Tepung Gandum - 2 cawan
2. Telur - 3-5biji (ikut korang kalau korang nak lemak letak la 5 biji)
3. Butter - 2 sudu cairkan
4. Susu cair - 1 tin
5. Soda bikarbonat - 2 sudu kecil

Cara-caranya


Masukkan tepung gandum 2 cawan dan soda bikarbonat dalam bekas yang pertama . Ok, pastu sediakan bekas yang kedua pecahkan telur ikut anggaran tadi, masukkan butter yang sudah dicairkan, susu 1 tin  kacau bahan-bahan yang dimasukkan tadi. Selepas kacau masukkan bahan-bahan dalam bekas kedua tadi ke dalam bekas pertama dan kacau hingga sebati. Sediakan kuali leper yer masukkan minyak sedikit then goreng ler sampai siap dan hidangkan. U olllzsss boleh makan pancake dengan madu, kaya, nutella or susu pekat untuk ada rasa la....gambar seperti dibawah he..he..Selamat mencuba.....







1 comment:

Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!