Haloooo semua!!!!! Pagi ini bella ingin cerita tentang konvokesyen adik bella yang no. 2 baru-baru ini. Konvokesyen yang berlangsung di PICC Putrajaya ini memang meriah, gilang gemilang lah kan untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang menamatkan pelajaran dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Norshuhada Assahari a.ka. vida (panggilan manja dirumah ). Seawal jam 8.00 pagi bella dan hubby bergerak ke Taman Botani untuk makeup dan shoot kawan-kawan vida (adik bella) yang mengambil pakej untuk bergambar secara individual . Pakej yang ditawarkan oleh hubby bella adalah sangat murah dan berbaloi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik link ini http://d-suciphotography.blogspot.com/ . Konvokesyen berlansung jam 3.30pm. Bella dan adik bongsu bella sahaja yang memasuki dewan tetamu. Hubby dan anak-anak pulang ke rumah sebab kanak-kanak tidak dibenarkan masuk . Jam 6.00pm bersurai dan bella terasa badan ini sangat letih, lapar semua ada. Cepat-cepat kami terjah ke dewan makan plak lapar sangattttt...(x senonoh) tapi apakan daya dari pagi sampai petang tak makan apa-apa. Bella hanya makan sedikit kerna makanan yang disediakan tidak kena dengan selera bella aduhai nasibbbb!!!Selepas makan kami bergambar ramai-ramai then menunggu vida pulangkan jubah konvokesyen. Sampai dirumah jam 9.30pm....Jom tengok gambar di bawah :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!