Oct 9, 2012

CASTING HIJABISTA


Siapa pernah baca majalah HIJABISTA. Kepada yang belum beli dan masih belum baca lagi majalah ini , tak apa bella akan kenalkan serba sedikit tentang majalah ini. Majalah pertama di Malaysia bagi wanita berhijab yang dikeluarkan oleh Karangkraf Shah Alam. Majalah ini banyak membantu kaum wanita yang berhijab supaya lebih stylo tetapi masih lagi sopan. Macam-macam info tentang beg, kasut, pakaian, aksesori dan pemilihan warna yang sesuai untuk sebarang majlis. Ok now bella nak cerita tentang casting Hijabista ini. Bella dapat tahu dari laman page facebook hijabista ini link http://www.facebook.com/hijabistamagazine?fref=ts tentang ada sesi casting akan dijalankan di Studio F bertempat di Karangkraf shah alam. So bella bercadang akan hadir sesi casting ini sebab peluang kan untuk bella pergi jauh lagi dalam bidang modelling bella. Bella prepare apa yang patut la dak ikut syarat-syarat hijabista seperti dalam laman fb. Semalam 8/9/2012 pagi-pagi buta lagi bella sudah bangun mekap simple dan pilih baju dan tudung yang bersesuaian. Jam 7.00 pagi bella keluar rumah bersama-sama hubby bella merangkap peneman bella la... Thank my hubby always support bella. Kami sampai di karangkraf jam 8.30 pagi.Apabila masuk ke dalam karangkraf dan bella tengok sudah ada 2 orang contestant sedang menunggu. Bella pun buat registration dan duduk di ruangan menunggu. Hampir setengah jam menunggu, dalam masa yang sama berduyun-duyun contestant yang datang , bella jadi nebes sebab semua hebat-hebat belaka. Bella think positif, kita tak cuba kita tak tahu kan. Number giliran bella adalah number 4. Kami dipanggil oleh assistant editor untuk ke ruangan menunggu berdekatan di Studio F. Hanya 10 orang sahaja yang ada dalam bilik itu. Masing-masing nebes then masing-masing layan handphone untuk hilangkan nebes hik..hik....Tiba giliran bella , bella masuk ke studio f then photoshoot 3 pose, catwalk dan perkenalkan diri kepada juri-juri . Juri ada 3 orang seorang perempuan dan dua lelaki. Juri tanya bella macam-macam dalam bidang photoshoot. Then tetiba, salah seorang juri minta bella casting sebagai host. Terkezzzuutttt la bella, bella tak prepare langsung bab-bab host ni. Bella datang untuk casting model majalah.Ahahahah!!!! sib baik juri bagi point , so hilang sikit terkezzuutttt . Bella  mengacara rancangan masak-memasak hokeyh....ermm macam kelakar la pulak ehehe..tak pernah mengacara..After casting mengacara juri siap tanya lagi rempah kari siap dari kelantan yang diperbuat sendiri oleh orang-orang timur , dia nak tahu sedap ke tidak. So, bella terangkanlah serba sedikit tentang rempah tu pulak...hi..hi... Jom tengok gambar bella di twitter. Sesapa belum follow bella di twitter ini link twitter bella https://twitter.com/nznasuha dan ini link twitter hijabista https://twitter.com/hijabistamag 




P/s : Sesiapa belum baca entry blog bella pernah memasuki majalah hijabista edisi pengenalan ruangan pendapat boleh klik link ini http://belladsecret.blogspot.com/2012/07/hijabista.html



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!