Morning semua u olzsss yang gojes-gojes di luar sana. Hari ini nak kongsi resipi puding roti coklat.Ekceli, anak bella yang first tu Humaira kat tadika dia ada buat majlis hari jadi untuk budak-budak kat situ. So, bella buatkan puding roti coklat dan kek batik . Biasala bella pilih resepi yang paling senang ha..ha...ha...Resipi ini bella ambil dari laman web http://kartikel.com/newsbar/14021/resepi_puding_roti_coklat. Ada juga yang bella kasi adjust ikot selera bella la......
BAHAN-BAHAN
1. 5 keping roti gardenia
2. 1 tin susu cair (tak kesah jenama apa, bella guna gold coin)
3. Gula secukup rasa ( kalau suka manis tambahkan , tak suka manis kurangkan lerrr)
4. 1 sudu makan mentega
5. secubit garam
6. 1 sudu kecil essen vanilla
7. 1/2 cawan serbuk koko (resipi asal guna coklat rice)
8. chocolate chip
CARA MEMBUAT
1. Roti dicarik-carik dan direndam dalam susu cair
2. Pukul telur, gula, marjerin, essen vanilla dan serbuk koko hingga sebati. Selepas dipukul hingga sebati/gebu, masukkan ke dalam roti yang direndam dengan susu cair tadi dan kacau.
3. Setelah dikacau masukkan chocolate chip (ikut suka u ollzss nak letak banyak or sikit) dan tuangkan ke dalam loyang dan kukus hingga 45 minit. Pastikan periuk kukusan itu dipanaskan terlebih dahulu.
4. Selepas 45 minit bolehla disejukkan dan dihidangkan ....kalau sejukkan dalam peti ais lagi yummy!!!!!yummy!!! .
Pic ni pinjam dari google .....ha..ha...ha.... |
*Sesiapa yang ingin mencuba bolehla mencuba dan selamat mencuba ...
Adios....
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!