Salam sekali lagi kepada semua. Semoga sihat-sihat belaka yer... lama sungguh bella tidak mengupdatekan my belog kesayangan ini disebabkan kekangan masa keadaan tidak mengizinkan. Cewah busy bebenor yer , busy lah sangat ha..ha..ha....Sempena bulan Syawal yang mulia ini, bella ingin cerita tentang ..tentang...tentang apa erk??? Of coursela raya kan...
Pada 17/8/2012 bella dan family bertolak dari putrajaya dalam pukul 3.30 pagi macam tu sebab nak elak dari jam. Biasalah nak balik kelate jam tak hengat dunia setiap tahun hua..hua..hua...Dalam perjalanan biasa-biasa aje, anak-anak tido plus ibunya sekali kui..kui..Sedar-sedar je dah sampai dekat bentong. Kereta banyak tetapi tidak jam, so hubby drive perlahan-perlahan jer. Biar lambat asal selamat.Kami sampai di kampung dalam pukul 1.00 petang. Sesampainya kami di kampung disambut gembira oleh mak mertua dan ayah mertua , dah lama menanti nak tengok cucu-cucunya.Biasalah baru sampai badan letih, lesu tak larat lagi-lagi bulan puasa. Apalagi cepat-cepat angkat barang, mandikan anak-anak, makan tengahari (untuk anak-anak) dan berehat sebentar sebelum tiba waktu untuk masak juadah umtuk berbuka puasa nanti. Keesokan hari adalah hari terakhir kita semua berpuasa dan akan meninggalkan bulan ramadhan al-mubarak ini. Hari ini juga adalah hari yang paling sibuk untuk buat ketupat, lemang, rendang, nasi impit dan sebagainya. Macam kami di negeri kelantan makanan yang paling wajib adalah ketupat palas, rendang daging atau ayam, nasi dagang dan macam-macam lagii..Mak mertua sibuk buat ketupat palas . Bella cuma tolong apa yang patut jer nak buatnya tak tahu, tahu makan jer hi..hi....
Pada 19/8/2012 tibalah Syawal iaitu Raya Aidilfitri yang dianti-natikan oleh semua umat islam di dunia ini. Alhamdulillah dapat beraya lagi tahun ini bersama suami, anak-anak dan family tercinta. Macam biasala bella akan makan apa yang bella nak makan no diet, no makan sikit-sikit, apa tekak nak makan harusla makan raya kan setahun sekali jer rugi wooooo!!!!!! Okay sampai disini sahaja cerita tentang raya, insyaAllah next year, umur panjang kita akan bertemu lagi dan cerita tentang raya lagi...Apalagi jom snap gambar buat kenangan......
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!