Feb 28, 2012

PHOTOSHOOT OUTDOOR @ MONUMEN & MARITIM

Salam readers,

Bella nak kongsikan pengalaman bella semasa photoshoot outdoor di putrajaya baru-baru ni. Talent-talent seramai 10 orang tetapi yang datang dalam 6 orang mcm tu. Bella mengenakan pakaian dress bersama cardigan, mekap sendiri-sendiri jer. Kitorang start dalam pukul 8 macam tu la. Photoshoot ni dianjurkan oleh team Dn'Z Photography dan sarapan pagi pun disediakan juga. Ramai abang2 photog yang turun untuk memeriahkan lagi suasana dan yang paling penting sifu photographer pon ader, fulamak bukan senang sifu nak turun untuk win-win situation nih!!!Terima Kasih Sifu En Junaidi. Dalam pukul 11 lebih macam tu kitorang stop sekejap rehat memandangkan nak tengahari sudah. Abang-abang photog sedang dalam perbincangan dan derang suggest kat talent-talent semua nak photoshoot kat satu tempat lagi kat Maritim.Semua talent setuju dengan cadangan yang diberikan. Sesampai disana, suasana cantik, langit yang cerah dan ramai mat saleh- mat saleh dok main papan luncur. Apalagi start la kita semua shoot. Penat tak hengat tetapi dapat tips-tips dari sifu dan abang-abang photog yg berpengalaman dan enjoy gitu....Pukul 1 tengahari kitorang pun bersurai. Semuanya nampak keletihan tetapi enjoy sebab pengalaman-pengalaman ni semua tidak akan dapat dimana-mana kecuali kita sendiri yang merasai penat lelah untuk berphotoshoot outdoor nih.....Nanti Bella upload lagi picture yang lain ok....babai readers......




No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak anda disini, insyaallah bella akan jejak anda juga. Luv u ollsszzz !!!!