May 23, 2012

CATWALK EVENING DRESS

Salam readers,

Petang ini bella akan update belog kesayangan bella ini. Pada hari sabtu minggu lepas bella join event NMS Bridal. Kalau u ollzss masih ingat pada entry lama bella, bella adalah Top 10 finalist untuk bridal ini. Ok event ini hanya reunion sesama kami jer but organizer Pn Ain Sibon beri peluang kepada talent-talent newbie dan juga photog-photog untuk lagi memeriahkan event ini. Event ini dilangsungkan  di Pullman Lakeside Putrajaya. Nice view dan ramai pengantin, model selalu shoot dekat situ sebab tepi tasik, lalang dan banyak view yang boleh dijadikan tempat photoshoot. Hubby bella selalu la shoot sunrise dekat situ. Ok, kita sambunga balik bout event tadi masing-masing bawa makanan seperti kuih-muih, apam polkadot, nasi goreng, bihun goreng, buah-buahan, air berkarbonat, bubur lambuk dan macam-macam lagi. Kenyang la kami semua semasa event dijalankan. Opps lupa pulak nak beritahu tema ape yerk! Temanya ialah evening dress. Bella punya dress ditaja oleh Bussaina Rias a.k.a Hayat Bussaina. Kak Hayat adalah seorang jurumekap andaman dan juga mempunyai pakaian-pakaian pengantin dan lain-lain untuk disewa. Bella sampai pukul 8 pagi macam tu, diantara yang terawal gitu. Disiplin kena jaga dik  kalau nak pergi jauh dalam bidang ini , kata-kata nasihat dari hubby dan ESM. Disebalik event ini ramai juga talent-talent yang tidak hadir dan ada yang accident kereta tetapi tidak aper kami teruskan juga event ini. Dalam pukul 2 petang, kami harus berkumpul untuk bercatwalk. Catwalk inilah yang selalu buat bella rasa macam serba tidak kena tetapi dengan latihan yang diberi dan practise be confident hik..hik...Selepas habis catwalk, sesi pengumuman pemenang dan sesi penerimaan sijil. Sampai pukul 5 macam tu kami semua bersurai dan bebas berphotoshoot. Citer yang sangat ringkas harap-harap u olllzsss faham erk, now we enjoy with photo luv u mmuah!!!!!!!


Talent : Nora Bella
MUA : Ismarina
Photog : D'suci Photography
Wardrobe : Hayat Bussaina
Organizer : Nurmayangsari Bridal
Location : Pullman Lake Side Putrajaya









I LOOIKE !!!!!



Suka gambar ini sebab ada daun-daun dekat kepala nampak kelainan



salah satu feveret pose





May 14, 2012

CAMERON HIGHLAND PART 3


Pada hari kedua, kami sekeluarga akan melawat Ladang Teh Boh yang terkenal di sana. Kami menuju ke sana seawal jam 9 pagi. Sesampai di sana, rupanya sudah ramai yang datang pepagi buta. Kami tercari-cari juga parking kereta last-last dapat. Kami pun terus menuju ke atas bukit jalan kaki jer sambil lihat pemandangan ladang teh dan menikmati angin fresh kawasan bukit. Ada dua jalan boleh pilih samaada kita nak naik dengan menggunakan tangga ataupun jalan raya menuju ke puncak cafe teh boh a.k.a cafe ombak rindu....kih..kih..dalam perjalanan kaki kitorang sempat ambil gambar, posing ada-ada jer yek nama pon berjalan haruslah menikmatinya betul-betul kalau tidak rugi ler. Akhirnya kami sampai di Cafe Teh Boh a.k.a Cafe Ombak Rindu kami breakfirst di situ ajer. Bella memilih makanan sardin puff, green tea. Papa pulak teh tarik dan nasi lemak, humaira teh boh dan kek coklat, adik hanya dapat makan mushroom soup jer sebab semua makanan disitu semua tidak sesuai untuk adikkk, next time yer dik nak makan sedap-sedap tunggu adik besar dulu.Ok selepas kitorang kekenyangan, kami semua menuju ke kilang proses membuat teh. Sempat la masuk ke kedai jual bermacam-macam teh dan apalagi kami pun beli juga teh untuk dibawa pulang. Teh frsh ni memang sedap dan rasanya lain sedapppp ler bagi yang penggemar teh macam bella. Selepas melawat ladang teh boh kami pun turun semula menuju ke kereta nak pergi tempat lain pulak sebelum pulang ke kuala lumpur. Kami singgah di EQ Farm Strawberry sekali lagi sebab bella nak beli Strawberry Chocolate yang memang sedapp tidak terkata la. Bella sempat beli chocolate strawberry yang dalam kotak untuk dibawa pulang untuk kawan-kawan bella rasa. Bella tidak beli buah strawberry dalam paket-paket yang tersedia jual di situ sebab rasanya masam. Bila turun dari situ sampai kl lagi masam. Sesiapa yang ingin merasa buah strawberry yang manis silalah ke Cameron Highland dan petik sendiri terus makan kat situ. Habis shopping disitu kami pun pulang ke kuala lumpur. Dalam perjalanan biasaler semua keletihan terus tertido, bella pun terlelap sekejap but papa tidak dapat because driver kannnnnn....tak per sampai dirumah papa boleh rehat secukupnya kih..kih....Layannnn gambar-gambar di bawah....;p
























Inilah sarapan kami


yummy ! adik makan soup

siap say hi lagi kat papa he..he...






Kami semua check out 














































adik gelak jer kojernyer....