Apr 23, 2012

DERMAGIC

Salam readers,

Hari ini bella nak cerita tentang cream dermagic produk keluaran SimplySiti lagi yer....Bella dengar dari kawan-kawan bella yang menjadi testimoni produk ini semuanya berkesan tetapi sejauh mana keberkesanannya bella tidak tahu ler sebab bella belum mencuba. One day bella akan cuba. Bella nih kalu produk muka ni takut sikit sebab risau tidak sesuai ngan kulit kang lain jadiknyer he...he...Di sini bella akan ceritakan tentang ingredient produk ini. Dermagic ini mengandungi Korean Plant Stem Cell dan Advanced Hydro Collagen. Ia dipanggil krim awet muda dan pencerahan kulit dan mnyerlahkan wajah tanpa cela. Sememangnyer kecantikan asli dari dalam dan luar.Produk ini berharga RM69.90. Di mana nak dapatkannyer....jeng..jeng....of course la di cawangan watson seluruh malaysia......joom tengok ......:)


Rahsia formulasi Dermagic :
formula dermagic
Bukan sahaja memberi manfaat untuk membangkitkan mood gembira, kesemua faedah ini boleh didapatai di dalam satu krim :
- Melembap
- Kulit tanpa stres
- Mencerah
- Tona kulit lebih sekata
- Mengecilkan saiz pori
- Menenangkan
- Mengurangkan kedutan dan garisan halus
- Menegangkan kulit wajah
- Membentuk wajah (V Shape)
- Mengurangkan cela kulit
- Menambah seri
- Menyegarkan kulit
- Mengurangkan bintik hitam
- Kulit lebih lembut dan licin
100% wanita menyedari perubahan drastik wajah mereka hanya dalam 7 hari!
1) WAJAH LEBIH AWET MUDA
- Garis halus dan kedutan berkurangan
testimoni garis halus
- Wajah lebih terbentuk (V-shape)
testimoni v shape
2) WAJAH LEBIH CERAH
- Bintik-bintik hitam berkurangan
testimoni bintik hitam
- Tona wajah lebih sekata
testimoni tona wajah
3) WAJAH CANTIK KURANG STRES
- Rangsangan mood tatkala perubahan kulit yang ketara
*Berdasarkan kajian di atas 50 wanita dalam seminggu.
Hanya dalam masa 7 hari, kulit anda akan kelihatan lebih putih, berseri, elastik serta kurang kedutan. Sekarang anda boleh kelihatan lebih muda, segar, cerah dan rasa lebih gembira! Dermagic juga telah diuji oleh ahli dermatologi dan juga disahkan Halal oleh Jakim.
Tahukah Anda?
Setiap manusia mempunyai Endorfin di dalam badan iaitu sejenis hormon yang berfungsi untuk memberi perasan gembira pada setiap manusia. Selain dari memberikan mood gembira, endorfin juga berfungsi sebagai melegakan kesakitan seperti sakit sendi atau lesu.

Plant endorphin diekstrak daripada Beri kering yang dipetik dari pokok Chaste Tree yang merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan dari Mediteranian dan Asia yang digunakan sebagai ubat tradisional.
Dermagic yang diformulasi dengan Plant Endorphin boleh membantu merangsang penghasilan Endorfin semulajadi di dalam kulit yang boleh membangkitkan mood gembira yang hampir sama hasilnya selepas melakukan aktiviti senaman atau hubungan intim.

Regim Penjagaan Kulit bersama SimplySiti
regim penjagaan kulit

PERFUME

Salam readers,

Hari ni bella nak cerita kisah perfume. Ekceli bella adalah peminat setia perfume Dolce & Gabbana [the one]. Perfume yang sedang hangat dipasaran ialah keluaran SimplySiti. Ada tiga jenis perfume iaitu memories, pure and precious. Setiap satu perfume menceritakan keperibadian masing-masing dan menjadi wanita idaman lelaki. Wah! vouge gedevas gitu.Semalam Bella jalan-jalan di alamanda apalagi jengahla di watson untuk mencium tester perfume SimplySiti. Bella paling suka memories sebab bau sangat wangi dan memang kenalah dengan diri bella nih itupun kalau bella pakai ler....Kaum remaja pun sesuai menggunakan perfume ini sebab bau lembut dan wangi dan tidak terlalu keras sangat bau. Memang kenalah dengan gaya perfume ini dan maksudnyer sekali.Lihatlah gambar di bawah ini kalau-kalau belum tahu lagi tentang perfume ini....layannnnnn!!!!!!!!!!!!!!




~ SOFT ~

~ FEMININE ~

~ ELEGANT ~

~ ENERGECTIC ~

~ FRESH ~

~CHALLENGING ~

~ GLAMOUR ~

~ SULTRY ~

~ CONFIDENCE ~

Apr 15, 2012

PHOTOSHOOT STUDIO FULL PICTURE

Now kita akan tengok full picture. Full picture ini adalah gambar penuh dari kepala hingga kaki. Pose adalah salah satu skill yang harus dipraktikkan dari semasa ke semasa sebab untuk pergi lebih jauh dlam bidang ini kita harus banyak buat latihan dan research tentang pose yang kita akan buat apabila berphotoshoot tidak kiralah outdoor, indoor or magazine.Layannnnnn...............










PHOTOSHOOT STUDIO MEDIUM CLOSE-UP [MCU]

Ini adalah gambar medium close-up a.k.a separuh sahaja. Disini kita haruskan tekankan postur badan walaupun separuh tetapi postur badan yang betul boleh memberi impak yang baik dalam gambar.












PHOTOSHOOT STUDIO CLOSE-UP

Bersambung after make-up done by Enn dan MUA Haz.

Close-up ni dipanggil gambar untuk wajah dan diambil dengan jarak yang dekat. So di sini kita harus banyak tekankan pada emosi yang kita nak tonjolkan ia dipanggil ekspresi muka. Dari yang Bella belajar di ESM adalah bila kita bermain kata dari dalam hati aura emosi itu akan terpancar di wajah dan bila gambar diambil muka kita nampak ekspresi yang diberi . Ini adalah picture close-up bella, kalu ada yang tersilap dalam emosi bella bolehla tegur. Kritikan jujur adalah membina keyakinan diri hi..hi...









THE MAKING

Salam readers,


Pada hari Sabtu petang, bella dapat sms dari kawan bella offer untuk jadi model untuk class make-up yang dianjurkan oleh MUA Haz pada hari ahad jam 10 pagi sehingga 3 petang. Bella free hari ahad, so bella setuju. So keesokan harinya biasala bella dan hati chenta bella on d way ke puchong dalam pukul 9 pagi macam tu. Anak-anak bella akan dijaga oleh adik bella but semua keperluan anak-anak bella sudah siap. Memang kebiasaan bella sekiranya bella ada part time job di luar, so bella akan bangun awal sediakan kelengkapan anak-anak bella family first kan....So bila sampai ditempat yang dituju, bella berkenalan dengan MUA Haz dan anak didikannya enn. Kak Haz ni adalah seorang jurumekap dan sudah banyak pengalaman dalam bidang ini especially make-up pengantin, event photoshoot dan lain-lain lagi.So, enn  anak didikanya akan make-upkan muka bella. Cmner rupanya yer sat lagi kita tengok picture yang diambil oleh en photog kita Zulfadhli hi..hi...ada 3 jenis make-up yang dimake-up oleh enn. Enn ni dulu belajar kolej komuniti melaka dan ambil jurisan solek-menyolek ni a.k.a andaman lorrr..dan dia dah ada basic now dia nak practise dengan tok gurunya kak haz supaya apa yang tersilap boleh tegur. Seronok bekerja sama dengan kak haz yang sememangnyer peramah dan banyak ilu yang bella dapat walaupun bella bukan studentnya...cerita banyak la plak bella nih kan....joooommmm layan picture ini....




















BATTLESHIP

Salam readers,

Bella dan mr hubby terchenta pergi tengok wayang pada hari jumaat but midninght kan so kira hari sabtu la. Cerita start dalam pukul 12.10am [midninght] Kami tengok cerita battleship yang baru keluar seakan-akan cerita transformer tapi cerita lain, pengarah lain but best jugak cerita tak boring sangat sebab ada perang-perang kan.Sesiapa yang belum tengok lagi so pergila cepat tengok citer ni menarik dan ada kelainan la. Cerita battleship ni mengisahkan tentang seorang lelaki a.k.a hero dalam filem ini tang tidak ada tujuan hidup, dan dia mempunyai seorang abag yang sangat sayang dan ambil berat tentang kehidupan dia. Selepas itu dia berjumpa dengan seorang gadis a.k.a heroin filem ini dan juga merupakan anak kepada majikan kepada bang hero filem ini. Hero ini jatuh cinta pada gadis tersebut. Selepas kejadian yang tidak diingini, abangnya membuat keputusan hero ini akan menjadi tentyera laut sepertinya. Dalam latihan hero ini tidak berdisiplin, selalu buat hal dan macam-macam lagi but abang hero ini still sokong adiknya supaya jangan putus asa sehingga pada suatu hari ada alien dari planet lain datang membunuh manusia dan terhempas di laut dimana semua tentera laut yang baru sedang menjalani latihan. Tiba-tiba alien tadi datang serang kapal abang hero ni dan abang hero ini meninggal dunia. Disitu hero ini sangat sedih dan dia tersedar dari hidup. Semua staff dibawah jagaan abang hero ini memilih hero ini untuk menjadi kapten kapal dan memberi arahan pada staff-staff bawah jagaannya.So...apa yang terjadi selepas itu, korang pergila tengok sendiri kih...kih...kih....nanti tak best la pulak kalau bella ceritakan semuanya ha...ha..ha.. :)







 

Apr 11, 2012

PREMIUM BEAUTIFUL

Salam readers,

Sudah beberapa hari bella tak berblogging kan, bella busy sikit. Ok now bella nak ceritakan tentang produk yang berkualiti tinggi iaitu Premium Beautiful Corset keluaran syarikat yang gah dan namanya tidak asing lagi di malaysia ini iaitu Hai-O Marketing. U olllzs mesti pernah dengar kan nama syarikat ini kan tetapi mesti tak tahu lebih details kan. Justeru itu bella akan ceritakan serba sedikit tentang syarikat ini dan produk premium beauty corset. Syarikat ini sudah bertapak lebih 20 tahun dan pelbagai produk keluaran Hai-O ini berkualiti tinggi dan mendapat iktiraf superbrand. Salah satu produk yang paling glamoures gitu ialah Premium Beautiful. Premium Beautiful adalah sejenis corset yang ada FIR a.k.a direkacipta hasil gabungan kepakaran Jerman, Jepun dan USA. Di perbuat dari fabrik Akwatek dan Akwadyne yang sebati dengan air. Ia ditenun dengan Cahaya Infra Merah Jarak Jauh terbukti menyelesaikan pelbagai masalah wanita keputihan, senggugut dan masalah rahim. Infrared yang boleh menyihatkan tubuh badan kita dari dalam dan luaran sekali. Sebagai seorang perempuan kita mesti inginkan kecantikan dalaman dan luaran kan.Kita banyak habiskan duit berbelanja setiap bulan untuk baju dan barang mekap. Itu hanya untuk luaran sahaja but dalaman macam mana? So jalannya dengan membeli corset premium beautiful ini dan memakai dengan konsisten anda semua dapat merasai kehebatan produk ini. Ingin mengetahui fungsi - fungsi produk ini dengan lebih lanjut, sila baca dibawah ini yer....luv u olllzssss mmuah !!!!

Fungsi Corset Premium BeautifulTerdapat tiga (3) jenis pakaian iaitu long brassiere (coli panjang), waist nipper (bengkung pinggang) dan long girdle (seluar dalam panjang). Setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza.a) LONG BRASSIERE (COLI PANJANG)

Fungsi:
  1. Cawan coli dengan tiga (3) keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.
  1. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.
  1. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.
  1. Dua (2) batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  1. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang , turut mengatasi masalah berbadan besar.
  1. Rekaan bentuk ‘ U ‘ pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang.
  1. Perhiasan berlian berbentuk rama – rama menonjolkan keunggulan produk.
  1. Rekaan tiga (3) pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
b) WAIST NIPPER (BENGKUNG PINGGANG)


Fungsi:
  1. Tujuh (7) batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.
  1. Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.
  1. Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.
  1. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
  1. Rekaan tiga (3) pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.
  1. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk
c) LONG GIRDLE (SELUAR DALAM PANJANG)

Fungsi:
  1. Tiga puluh dua (32) kepingan jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
  1. Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempesona dan meninggikan pinggul.
  1. Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
  1. Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesona.
  1. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk.
  1. Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit.
  1. Rekaan mampatan dua (2) lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
  1. Penggunaan dua (2) lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.
  1. Penggunaan renda yang fleksible, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.

KESAN-KESAN POSITIF KEPADA SI PEMAKAI PREMIUM BEAUTIFUL
Terdapat 2 fungsi utama:
  1. Kesan dari segi kesihatan
  1. Kesan dari segi pembentukan badan
Kesan Dari Segi Kesihatan
  1. Menghilangkan sakit kepala
  1. Menghilangkan sakit tulang belakang
  1. Menghilangkan senggugut
  1. Menghilangkan selulit pada kaki
  1. Menghilangkan kesan pecah (stretch mark) pada kulit perut dari kesan mengandung dan kulit jadi lebih halus
  1. Menghilangkan sakit tumit dan sendi-sendi kaki pada waktu bangun tidur (terutama bagi yang berbadan besar)
  1. Melancarkan perjalanan haid
  1. Menghilangkan penyakit asma
  1. Menghilangkan gastrik
  1. Jarang mengalami demam
Kesan Dari Segi Pembentukan Badan
  1. Menaikkan punggung dan menegangkan payudara
  1. Menurunkan berat badan
  1. Berkeyakinan dan berketrampilan
Sinar Infra Merah Jarak Jauh (F.I.R) Yang Terdapat Pada Pakaian Premium Beautiful
  1. Menggalakkan tumbesaran lebih teratur
  1. Mengekalkan kesegaran badan
  1. Mengurangkan kandungan asid dalam darah
  1. Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit
  1. Tidur dengan lebih nyenyak
  1. Menghilangkan bau badan
  1. Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh
  1. Meningkatkan kadar metabolisma
  1. Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
  1. Mengelakkan pertumbuhan bakteria
  1. Mengeluarkan peluh asid
  1. Membantu menghilangkan kulat dan fungus
  1. Membantu membersihkan udara dalam badan
  1. Mengekalkan kepanasan suhu badan
  1. Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik
  1. Membantu menghalang pembiakan sel kanser dalam badan
Uniknya Akwatek dan Akwadine
  1. Penyejukan semulajadi dalam cuaca panas
  1. Memanaskan badan dengan selesa semasa cuaca sejuk
  1. Kuasa penyerapan toksid keluar dari tubuh badan
  1. Pencetus penyerapan yang baik dan mengalih kelembapan (air, bau, wap)
  1. Berubah mengikut keadaan iklim dan cuaca
Kesan-Kesan Awal Pemakaian Premium Beautiful
  1. Sakit kepala
  2.  – bagi orang yang kerap sakit kepala dan migrain
  1. Sakit tulang belakang
  2.  – bagi orang yang selalu mengalami sakit belakang ~ tindakan awal menyelaraskan tulang belakang
  1. Terkentut dan sendawa
  2.  – bagi orang yang banyak angin ~ tindakan membuang angin
  1. Badan rasa sedikit sakit
  2.  – bagi orang yang selalu demam dan sakit sendi-sendi kerana semasa memakai Premium Beautiful seperti di dalam proses berurut
  1. Payudara terasa sengal-sengal
  2.  – memulihkan dan bertindak untuk menegangkan dan menaikkan semula buah dada seperti zaman remaja
  1. Berat badan turun
  2.  – menunjukkan berat badan si pemakai tidak sesuai dengan ketinggian
  1. Gatal-gatal pada anggota badan & tempat-tempat tertentu
  2.  – terlalu banyak asid yang dikeluarkan melalui perpeluhan
  1. Badan terasa cergas dan lebih aktif
  2.  – kerana tindakan resonan molekul air di dalam badan lebih aktif setelah memakai Premium Beautiful kerana tindakan FIR




Sebarang pertanyaan bolehla e-mailkan ke nznasuha@gmail.com or pm me di facebook.

SO TUNGGU APA LAGI JOOM DAPATKAN SEKARANG!! "KECANTIKAN DALAMAN MENGELUARKAN AURA CAHAYA KECANTIKAN LUARAN" GORGEOUS......