Feb 26, 2013

SAYA NAK TSHIRT BLOG? AWAK NAK !!






Petang-petang ni hujan tak kat tempat korang. Putrajaya hujan lerrr.sejuk jerr.. Buka blog terbaca segmen ini menarik minat bella dapat tshirt if terpilih u olzsss siap boleh letak nama blog kita lagi ehehehehe sukerrnyerr. Sekiranya bella terpilih bella memilih design t-shirt No. 2. i loikeee. Ada slogan tau kalu nak join kena lengkapkan slogan. Slogannya berbunyi macam ini "Saya suka Saljucreative kerana owner menganjurkan segmen yang boleh memberi kenangan apabila kita memiliki t-shirt macam souvenier tu dan juga dapat menambahkan ramai kenalan sambil mengeratkan silaturrahim sesama kita"

Nak join boleh klik SINI dan baca syarat-syaratnya..

Adios

Feb 21, 2013

MINI GIVEAWAY BY FD






Buat apa tu u ollzsss...bella macam biasa after makan malam dok mengadat tab lerr tengok fb apa info terkini dan blog kesayangan bella ini. Malam ini bella nak join segmen GA lagi ha..ha...ha... Jomla join hadiah pon best. Mana tau bleh terpilih jadi pemenang GA ni seronoknyerrr he..he...he... Nak join klik SINI 


Tag

1. Hanum 


Mood : Selamat Malam semua adiosss

Feb 20, 2013

1ST GA BY NYNA - BARBIE GIVEAWAY





Salam petang semua. Lunch apa hari ini. Bella lunch nasi ayam hot spicy. ermm memang spicy la. Ok bella nak ajak kawan-kawan join segmen GA ini dari ciknynablog. Mula-mula tengok banner bella dah teruja dah gambar barbie wahhh..Ini kalau tunjuk dekat anak perempuan bella kemain suka sangat. Almaklumla peminat barbie. Bella pun sama minat juga barbie ni tapi memandangkan dah kertu slow sikit bagi kat anak-anak lak ehehehehe campur pink colour adoi lemah jiwa nengoknyerrr..Apalagi kawan-kawan blogger bella yang meminati barangan barbie bolehla join 1ST GA ni rugi tak join tauuu...Cepat-cepat. Nak join klik SINI 


Tag


2. aynaa


Mood : teringat zaman kecil-kecil dulu dapat patung barbie ermm seronoknyerrr !!!!!!


Feb 18, 2013

PENCARIAN BLOGLIST MARCH & APRIL 2013 BY DJH






Sejak cuit CNY baru-baru ini, bella menyepi dari join segmen but hari ini bella mau join segmen yang menarik hati bella ini hi..hi... Jom kawan-kawan kita sama-sama join segmen. Hari ini dapat kawan baru lagi sukernyerrr.....Syarat-syarat pon senang ajerrr!!!!! Mau join klik SINI 



Feb 17, 2013

BALIK KAMPUNG


Yahooo!!!! sukernyer bila nak balik kampung halaman kan. Sudah lama tidak balik kampung al maklumlah kampung bella jauh nun di pantai timur sana... Sempenan cuti chinese new year baru-baru ini bella dan hubby ambil kesempatan pulang ke kampung dan kami ambil cuti selama 3 setengah hari campur dengan cuti chinese new year total seminggu muahahahahaha amekaw !!!!! Adik-adik bella pon sama bercuti. Kami semua bertolak pada hari jumaat petang , alhamdulillah perjalanan lancar dan tidak ada jem langsung lega rasa hati ini. Kami sampai di kapung pada 1 pagi hokeyh. Maam biasa bella pulang ke rumah mak mentua dulu dalam 2-3 hari baru pulang ke rumah bella pulak. Kenalah bergilir-gilir kannnn... Anak-anak bella kemain seronok lagi bila jumpa atok dan neneknya dan sedara mara, sepupu sepapat. Waktu-waktu sebegini ajer dapat jumpa . Bila dah balik KL semua busy dengan keje masing-masing. Bella beri kebebasan pada humaira dan asyraf untuk bermain suka hati koranglah kannn sekali sekala jerr ponnnn!!!! Kami sempat jalan-jalan di wakaf che yeh dan makan stemabot di chim chum food village pengkalan chepa. Sedap giler steambot. Harga RM18 satu kepala . Makanan favourite bella dan adik-adik. Hubby dan humaira tidak ikut makan sekali sebab diaorang tidak suka.Makan sampai lebam hokeyh. Kenyang perut baru pulang. Bella di kampung asyik makan jerr no diet yerr..rugi tak makan makanan semua sodap-sodap. Macam-macam ada. Poromosi negeri kelantan dan terengganu. Sesiapa belum pernah jalan-jalan di Kelantan dan Trg boleh la plan jalan-jalan di sana waktu cuti sekolah nanti. 




HUMAIRA A.K.A KAKAK

ASYRAF A.K.A ADIK


BELLA & ADIK NO 2 (VIDA)

VIDA A.KA. MAK NGAH

FARAH  (ADIK BONGSU) A.K.A MAK SU 

FARAH & IKA (KECIK) FRENS 

BELLA & COUSIN 

ADIK POSING 







Mood : Masih tidak puas di kampung ....


Feb 2, 2013

SHOPPING BUKU @ KARANGKRAF KARNIVAL

Pagi-pagi lagi bella bangun dan kejutkan anak-anak punyer semangat nak pegi jalan-jalan kat karnival karangkraf.Tepat jam 10.00 pagi kami sampai di karangkraf , ermm ramainyer orang parking pun banyak yang jauh-jauh. Tapi tidak apa karangkraf sudah menyediakan gabi iaitu kenderaan yang macam kat padang golf tu free jerrr. Tak yah risau parking jauh-jauh, bawa anak-anak kecil ke sebab gabi ada setiap masa ehehehe. Bila sampai first sekali register ahli karangkraf. Penggemar buku macam bella ni kenalah buatkan mana tau next time datang kat gallery karangkraf  nak beli novel ke dapat diskaun . Biasa diskaun 15% tapi ada kad keahlian tambah 10% lagi so total 25%. Untuk karnival hari ini dapat 30% diskaun banyak tau rugi sape tak beli buku. Mula-mula masuk booth lama impiana buat survey dan ambil gambar dengan family. And then masuk booth Pa & Ma. Beli majalah pa & ma keluaran terbaru dapat registerkan anak-anak bella humaira dan asyraf untuk pencarian cover majalah Pa & Ma. Dah siap ambil gambar, bella masuk pulak booth Hijabista. Wow sungguh love it sebab mcm2 gaya team hijabista pakai dari segi pakaian , tudung dan aksesori. I loikeee fesyen...So apalagi bella beli majalah isu terbaru dan dapat ambil gambar di booth hijabista, dan tidak lupa bella juga menghantar borang casting yang sudah siap diisi dan gambar half shot dan full short untuk pencarian model hijabista. Usaha kannn , kalau ada rezeki alhamdulillah....Dah siap semua di booth hijabista pulak, macam biasa anak-anak bella merengek nak tengok upin & ipin. Dapat tengok upin & ipin kemain seronoknyerrr derang nih...nyanyi lagu sahabat dan joget-joget ngan upin-ipin... Dah puas tengok upin ipin , misi seterusnya serang mall jual buku huh banyak giler buku tak tau nak pilih yang mana. Bella bagi ruang kepada humaira supaya pilih sendiri buku mana yang dia suka dan bella just pantau sahaja. Sambil-sambil tu bella pun sempat ler beli buku novel Adam & Hawa dan hot drama sekarang iaitu Setia Hujung Nyawa. Kebanyakan yang lain novel-novel yang bella tengok semua bella dah ada. Humaira seronok dapat beli buku cerita, buku colour ermm kemain lagii.. Papa dan adik just tengok jerrr sorry yerrr ini kami punya mainan ehehehehe.Setelah selesai kami pun pulang tetapi singgah cari makan dulu laporrrr . Hubby singgah di  Restoran Nasi Kandar di PJ. Setelah kenyang perut baru boleh pulang hi..hi... Sampai-sampai dirumah semua tak sabar nak tengok buku-buku yang kami beli teruja sungguh.Dalam belek-belek plastik bella nampak tudung ehehehe tak perasan tadi. Rupanya-rupanya dapat tudung dari booth hijabista wow seronoknyerr cantik plak jenis shawl lagi bella sukerrr......berbaloii lerr p tadi ahaks....







Mood : happy tengok anak-anak happy