Sep 26, 2012

SEGMEN CIK MISYA NAK FOLLOW




Photobucket 
Klik banner ini untuk join

Followers : 12 orang jer...sikit kan newbie blogger lagi
Reason : Suka baca blog untuk tambahkan ilmu dan info-info terkini, bella nak follower ramai sebab nak tambah kawan-kawan dari blog dan bertukar pendapat... 





 

M.A.C PREVIEW SALES


Siapa pernah dengar kosmetik MAC? Antara jenama kosmetik yang femes amos selalu digunakan oleh mekap artis a.k.a MUA. So, bella nak cerita tentang MAC Preview Sale akan diadakan pada 28/9/2012 iaitu hari jumaat bertempat di Hotel Renaissance. Macam mana bella boleh tau, sebab bella adalah ahli group  mekap artis hi..hi...tapi bella bukan lagi bergelar mekap artis ha...ha....Bella baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini. Ekceli, MAC sudah 2 kali buat preview sale ni pada awal tahun di Mid Valley tetapi pada masa itu disebabkan kekurangan duit , bella tidak dapat join. Bella nekad simpan duit dan kali ini tidak akan lepaskan peluang untuk ke MAC preview sale ini untuk borong barang-barang permulaan untuk menjadi jurumekap..Hopefully apa yang bella hendak lakukan ini akan berterusan dan semangat untuk menjadi seorang jurumekap proffesional satu hari nanti menjadi kenyataan dengan izin Allah S.W.T. (mula verangan ahaks...;p) U ollzzsss doakan bella tau...sayang korang semua...

MAC Preview Sales ini, sesiapa yang hendak join mestilah ada invitation card hokey, closed event gitu...Sape yang ada card sahaja boleh masuk, tak ada card no!no!no! full stop. Seorang ahli mendapat 3 kad, bolehla ajak kawan-kawan bukan MUA pun boleh...So, bella sudah collect kad di Mid Valley tempoh hari 25/8/2012 di Counter MAC ler..kena cepat t abis lakkk...Sesiapa yang belum collect boleh collect juga pada hari event tersebut tetapi kena beratur panjang ler... MAC sale till 80% ....ermm mesti murah giler...

Inilah invitation card MAC Preview Sale



* Nak tau apa yang bella nak beli di MAC Preview Sale, nantikan update terbaru dari bella.. salam sayang untuk semua...







Sep 23, 2012

BIRTHDAY


Semua manusia di dunia mempunyai hari lahir kan, termasuklah bella. Ekceli hari ini adalah hari lahir bella yang ke. ?..jeng!!!jeng!!!jeng!!!cuba ahaks.....Ramai kawan - kawan bella wish my besday, thanks so much semua. Terharu bella dibuatnya rupa-rupanya masih ramai lagi yang mengingati hari lahir bella. Semoga Allah S.W.T memberkati u ollzsss semua, sayang korang semua...mmuah!!! Mmuah! !!

Hari ini bella tidak kemana-mana untuk sambut my besday, just rehat-rehat kat rumah bersama -sama anak-anak tersayang....

posted from Bloggeroid

Sep 20, 2012

KEMENANGAN SHILA AMZAH FINAL ASIAN WAVE 2012


Tahniah kepada Shila Amzah diatas kemenangan beliau di Final Asian Wave 2012. Beliau mengharumkan lagi nama Malaysia di Asia dalam bidang seni. Beliau juga memang berbakat di dalam bidang nyanyian. Dahulu bella tidak kenal siapa Shila Amzah, apabila lagu 3 suara yang femes amos tu di radio, tv semua tu barulah kenal siapa beliau. Beliau juga anak kepada penyanyi terkenal iaitu ND Lala. Selepas itu, bella terus mengikuti perkembangan beliau dalam bidang nyanyian dan lakonan. Tahniah sekali lagi diucapkan dan semoga Shila Amzah terus berkarier dalam bidang nyanyian dan juga lakonan dan juga semoga lebih berjaya di masa akan datang. Sesiapa belum tengok kemenangan beliau semasa final dia Asian Wave 2012 boleh tengok di bawah...zaaassss....layannnnn!!!!!!!

* berangan nak jadi macam shila amzah tapi bella tak pandai nyanyi ngeeeee.......... :p





TAMBAH FOLLOWERS BY KHAIRUNNISA


SEGMEN - TAMBAH FOLLOWERS BY KHAIRUNISSA

Bella join segmen ini untuk tambahkan follower blog bella. Bella kan newbie blogger, so kena rajin-rajin cari follower... Sesiapa berminat boleh klik banner di atas dan follow syarat-syarat yang diberi.. Joom berama-ramai join segmen ini...







MAJLIS AQIQAH




Hoyeh!Hoyeh! Bella nak cerita tentang Majlis Aqiqah Baby Ammar Yasir baru-baru ini. Ekceli my cousin kak laila sofra yang jemput datang memeriahkan lagi majlis aqiqah . Majlid berlangsung di rumah ibunya a.k.a mak sedara bella di Taman Melewar Gombak. Majlis mula jam 1 petang.  Baby Ammar Yasir ni baru masuk 6 bulan, comel dan cute sangat. Kami sampai di rumahnya jam 12 lebih macam tu. Tetapi majlis dimulakan selepas solat zohor. Sudah tentu ramai tetamu, sedara mara dijemput kannnn...so time macam ini lah bella boleh berjumpa dengan sepupusepupu, sedara mara dan boleh berchit chat sesama. Cerita kisah-kisah lama dan macam-macam lagi. Makanan di tempah dengan catering. Owner catering adalah mak sedara bella juga hokeyh....Official photographer D'suci Photography, hubby bella punya biz kecil-kecilan..Semasa photoshoot baby ammar yasir nie, dia bad mood dugaan my hubby kena pandai pujuk kih...kih....Anak dah 2 orang mesti la ader experience macam mana nak pujuk baby tu kan...Photoshoot baby ammar yasir ni ambil masa 2 jam hokeyh!!! Tetapi tak apa berbaloi selepas baby ammar dimandikan dan diberi minum susu, mood macam okey sikit, so cepat-cepat ambil gambar baby ammar. Lastly dapat juga gambar yang cantik menarik kebabom tu...hi..hi....Akan tetapi bella tidak ketinggalan untuk photoshoot suka-suka di majlis tersebut [menggedik sorang-sorang] Majlis tamat jam 6.00 petang. Untuk melihat gambar baby boleh klik link ini  http://d-suciphotography.blogspot.com/  dan  di laman page facebook http://www.facebook.com/pages/Dsuci-Photography/389024984455193 . Gambar-gambar di bawah ini hanya gambar-gambar bella jer....ha..ha... jangan mare yer... joom tengok gambar..





























* Ini gambar-gambar terpilih jer yer,,,yang lain simpan buat pekasam ha...ha...:p



NEW INTERFACE



Says, terkejut sangat hari ini apabila bella buka blog bella ni tengok-tengok dah berwajah baru....OMG !!!!! Terus datang sakit kepala, blur, pening semua ada ntah tak tahu nak guna macam mana. Adoiyai pening juga nih...lama betul bella dok menggodek new interface nih. U ollzzsss punyer macam mana? Ada x sesiapa yang boleh tolong bagi tips or cara-cara  nak tukar balik ke old blogger interface tu...hu..hu...

* Mood - pening kepala + stresss....:(

Sep 9, 2012

Says.com


Jom tambah duit poket dengan says.com. wah!!wah!! saper yang tidak suka duit kan...mesti suker punyerr..Ok saper yang ingin tambah duit poket bolehla klik link ini http://says.com/my/dhiyahumaira/specials/mas-matta-fair-september . tengok iklan-iklan yang menarik di dalam webiste says.com ini. Sesaper yang belum register lagi bolehla register sekarang......

* selamat mencuba ha...ha..ha...

Sep 7, 2012

EXPANDABLES 2


Expandables 2 apa itu????? sape yang kaki panggung wayang of coursela taukan ha..ha... sape bukan kaki panggung wayang mesti tidak berapa tau kan ha..ha...(Bella dan hubby tengok citer ni dalam 2 minggu lepas baru nak update)....

Ekceli, hubby ajak tengok wayang cerita expandables 2 ni, so bila dah orang ajak tu laju jer la setuju kannnn!!! Cerita start pukul 9 malam di GSC Alamanda. Macam biasala kami gerak dari rumah dalam 8.40 malam macam tu sebab rumah kami ke alamanda dekat jerr...nak jalan kaki pon bulehhhh sape yang larat larrr ekehkekehkeh!!!!!!

Ok nak cerita tentang cerita expandables 2 ini sambungan dari kisah expandables 1 la. Pelakon-pelakonnya adalah rambo, arnold susah nak eja tuuu dan ramai lagi tak ingat semua nama pelakon-pelakon. Yang penting bella suka dengan ceritanya mencabar gila . Hubby lagi suka feveret citer dan pelakon-pelakon yang berlakon dalam tu. Cerita dalam dua jam macam tu. cerita ni tidak bosan langsung sebab aksi-aksi lasak yang danyst dan sangat dasyat ponnn aderrr..Cerita ini PG13,. so tidak dibenarkan bawa kanak-kanak yer.....Cerita ini mengisahkan tentang ejen persendirian yang dilakonkan oleh rambo dan lain-lain dan hubungan kawan - kawan yang sangat rapat, dalam masa yang sama ejen rambo diarahkan oleh CIA untuk mendapatkan cip yang berada di negara lain untuk dibawa ke CIA sebelum jatuk ke tangan orang yang salah, tetapi bila sampai disana, ejen rambo dan kawan-kawannya sudah berjaya dapatkan tetapi tiba-tiba dikelilingi oleh orang jahat yang memang sedang menanti untuk mendapatkannya. Salah seorang ejen rambo mati kena bunuh dek penjahat tadi....Cip tadi sudah terjatuh ke tangan penjahat dan sekarang ejen rambo dan kawan-kawannya sedang berusaha untuk mendapatkannya. Nak tahu siapa yang akan datang tolong rambo dan kawan-kawannya ketika dalam kesusahan , u ollzsss pergilah tonton wayangnya baru lah suprise ha...ha.....sajer jer bella tak nak ceritakan sampai habis sebab tak suprise kalu u ollzsss tau endingnya hua..hua..hua....

*selamat menonton 



Sep 6, 2012

PUDING



Morning semua u olzsss yang gojes-gojes di luar sana. Hari ini nak kongsi resipi puding roti coklat.Ekceli, anak bella yang first tu Humaira kat tadika dia ada buat majlis hari jadi untuk budak-budak kat situ. So, bella buatkan puding roti coklat dan kek batik . Biasala bella pilih resepi yang paling senang ha..ha...ha...Resipi ini bella ambil dari laman web http://kartikel.com/newsbar/14021/resepi_puding_roti_coklat. Ada juga yang bella kasi adjust ikot selera bella la......

BAHAN-BAHAN

1. 5 keping roti gardenia
2. 1 tin susu cair (tak kesah jenama apa, bella guna gold coin)
3. Gula secukup rasa ( kalau suka manis tambahkan , tak suka manis kurangkan lerrr)
4. 1 sudu makan mentega
5. secubit garam
6. 1 sudu kecil essen vanilla
7. 1/2 cawan serbuk koko (resipi asal guna coklat rice)
8. chocolate chip


CARA MEMBUAT 

1. Roti dicarik-carik dan direndam dalam susu cair
2. Pukul telur, gula, marjerin, essen vanilla dan serbuk koko hingga sebati. Selepas dipukul hingga sebati/gebu,  masukkan ke dalam roti yang direndam dengan susu cair tadi dan kacau.
3. Setelah dikacau masukkan chocolate chip (ikut suka u ollzss nak letak banyak or sikit)  dan tuangkan ke dalam loyang dan kukus hingga 45 minit. Pastikan periuk kukusan itu dipanaskan terlebih dahulu. 
4. Selepas 45 minit bolehla disejukkan dan dihidangkan ....kalau sejukkan dalam peti ais lagi yummy!!!!!yummy!!! . 



Pic ni pinjam dari google .....ha..ha...ha....


*Sesiapa yang ingin mencuba bolehla mencuba dan selamat mencuba ...


Adios....



Sep 3, 2012

SETAHUN SUDAH UMUR ADIKKKK!!!



Pada 2/9/2012 genap setahun umur Muhammad Asyraf Darwisy iaitu anak kedua bella. Masih Ingat lagi Asyraf lahir pada hari raya ke-4 tahun 2011. Waktu itu orang sibuk dok beraya sakan tetapi bella raya plus melahirkan si kecil yang comel dan mencuit hati bella dan hubby iaitu Asyraf. So, tahun ini juga hari lahirnya juga jatuh pada hari ahad plus hari raya juga . Majlisnya belum disambut masih lagi dalam perancangan sebab hari lahir kakaknya juga jatuh pada bulan yang sama iaitu 29/9/2012 berkemungkinan kami ingin sambut sekali dengan kakaknya. Bergantung kepada jadual hubby....hopefully tercapai.Sama juga my birthday...

Okay, adik dah besar sikit sekarang ni yer, no naughty!naughty! ok. Ibu harap adik akan jadi anak yang soleh dan anak yang baik , taat pada ibu dan papa .Semoga panjang umur, murah rezeki, selamat dan yang penting apa yang adik lakukan bila adik besar nanti ingat pada ibu dan papa. Semoga berjaya bila besar nanti. Ibu dan papa sayang sangat kat adik lebiu mmuah!!!!!!!Majlis Hari Jadi InsyaAllah will be coming soon.....so no picture untuk coretan ini.......


EID MUBARAK 2012



Salam sekali lagi kepada semua. Semoga sihat-sihat belaka yer... lama sungguh bella tidak mengupdatekan my belog kesayangan ini disebabkan kekangan masa keadaan tidak mengizinkan. Cewah busy bebenor yer , busy lah sangat ha..ha..ha....Sempena bulan Syawal yang mulia ini, bella ingin cerita tentang ..tentang...tentang apa erk??? Of coursela raya kan...

Pada 17/8/2012 bella dan family bertolak dari putrajaya dalam pukul 3.30 pagi macam tu sebab nak elak dari jam. Biasalah nak balik kelate jam tak hengat dunia setiap tahun hua..hua..hua...Dalam perjalanan biasa-biasa aje, anak-anak tido plus ibunya sekali kui..kui..Sedar-sedar je dah sampai dekat bentong. Kereta banyak tetapi tidak jam, so hubby drive perlahan-perlahan jer. Biar lambat asal selamat.Kami sampai di kampung dalam pukul 1.00 petang. Sesampainya kami di kampung disambut gembira oleh mak mertua dan ayah mertua , dah lama menanti nak tengok cucu-cucunya.Biasalah baru sampai badan letih, lesu tak larat lagi-lagi bulan puasa. Apalagi cepat-cepat angkat barang, mandikan anak-anak, makan tengahari (untuk anak-anak) dan berehat sebentar sebelum tiba waktu untuk masak juadah umtuk berbuka puasa nanti. Keesokan hari adalah hari terakhir kita semua berpuasa dan akan meninggalkan bulan ramadhan al-mubarak ini. Hari ini juga adalah hari yang paling sibuk untuk buat ketupat, lemang, rendang, nasi impit dan sebagainya. Macam kami di negeri kelantan makanan yang paling wajib adalah ketupat palas, rendang daging atau ayam, nasi dagang dan macam-macam lagii..Mak mertua sibuk buat ketupat palas . Bella cuma tolong apa yang patut jer nak buatnya tak tahu, tahu makan jer hi..hi....

Pada 19/8/2012 tibalah Syawal iaitu Raya Aidilfitri yang dianti-natikan oleh semua umat islam di dunia ini. Alhamdulillah dapat beraya lagi tahun ini bersama suami, anak-anak dan family tercinta. Macam biasala bella akan makan apa yang bella nak makan no diet, no makan sikit-sikit, apa tekak nak makan harusla makan raya kan setahun sekali jer rugi wooooo!!!!!! Okay sampai disini sahaja cerita tentang raya, insyaAllah next year, umur panjang kita akan bertemu lagi dan cerita tentang raya lagi...Apalagi jom snap gambar buat kenangan......