Jul 23, 2012

NUR AUGUST 2012



Alhamdulillah sekali lagi bella dapat masuk Majalah NUR dari karangkraft keluaran august 2012 baru-baru ini. Rezeki katakan setelah berusaha. Pada pertengahan bulan Jun baru-baru ini, Karangkraft ada postkan di laman facebooknya http://www.facebook.com/majalahnur (ini link fb kalau u ollzs nak tengok news) ada sesi test shoot di karangkraft untuk dimuatkan di ruangan majalah NUR. Apalagi bella berminat untuk mencuba, so bella pun pergi ke karangkraft terletak di shah alam. Sesi test shoot bermula jam 3.00pm sehingga 5.00pm. Macam biasa bella tiba di karangkraft awal dan jumpa kawan bella disana iaitu fara. Tidak lupa juga to Mr Hubby terchenta temankan bella. Setelah siap isi borang, kami yang first group ni semua dibawa oleh editor majalah NUR (lupa nama kakak tu) ke tingkat atas dimana terletaknya studio photoshoot. Sempatla bella cuci mata di Karangkraft yang besar dan canggih manggih gitu.Sampai kami di studio photoshoot ermm banyaknyer studio-studio di karangkraft ni yer..terpegun sekejap. Ada juga artis-artis yang sedang menjalani sesi photoshoot disitu.Apabila kami melangkah masuk ke studio yang bakal kami diphotoshoot, photognya perempuan nama kak yati. Wah !! class gitu. Zaman moden serba canggih sekarang ini nothing is impossible. Semua boleh jadi asalkan nekad dan berusaha.Bangga dengan photog perempuan yang dapat menceburi bidang ini.Ok,kami semua start shoot. Tiba giliran bella rasa berdebar juga takut photognya garang ke cerewet ke, banyak songeh ker....bila bella dok depan kamera jer rupanya photog kak yati ni sporting orangnya. Perasaan jadi tenang dan tidak berdebar...Bila semua sudah siap photoshoot, kami semua dibawa turun ke bawah semula di ruangan menunggu. Sesi shoot sudahpun selesai. Editor majalah NUR beri penerangan tentang shoot yang dijalankan tadi adalah untuk ruangan-ruangan yang tertentu dan sesiapa yang terpilih pihak majalah NUR akan menghubungi kami sekiranya terpilih.Sebelum pulang sempat lagi bella jengah ke galeri karangkraft untuk membelek majalah-majalah disitu. Bella pulang dengan harapan ada rezeki untuk memasuki majalah NUR pulak. Hampir sebulan masa berlalu, tetiba waktu bella sedang lunch, pihak majalah NUR call , kak izan namanya mengatakan ingin interview tentang gadjet - gadjet canggih ini. Bella juga adalah seorang pengguna Samsung Galaxy Tab. So, bella beri pendapat untuk menggunakan gadjet-gadjet ini sewaktu raya nanti. Bella diberitahu oleh kak izan bella akan ada di Majalah NUR keluaran august nanti. Ermmm berbunga di hati bella dan syukur alhamdulillah. Kawan bella fara pun dapat masuk juga....Pada 16/7/2012 bella sudahpun memiliki majalah NUR itu. Memang ada gambar bella dan pendapat bella gadjet-gadjet canggih untuk digunakan ketika raya nanti. Sesiapa yang belum dapatkan majalah NUR boleh beli dimana-mana kedai buku atau terus ke galeri karangkraf atau layari laman web karangkraft http://www.karangkraf.com/v7/....Terima Kasih banyak-banyak kepada team majalah NUR kerana sudi memberi peluang kepada bella. Jom tengok gambar...mmuah!!!!



Me (Bella)

PHOTOSHOOT OUTDOOR WITH BUSANA SOFFI





Sesi photoshoot ini adalah sebelum puasa yer.....Busana Soffi's http://www.facebook.com/busana.soffis (ini link fb busana soffi's) ada postkan difacebook beliau mencari talent untuk menggayakan pakaian busana diorang.MUA pun diorang providekan. Bella masa tu berfikir dah lama tak outing boleh juga nak tambah portfolio. Tempat photoshoot kat Taman Botani Putrajaya dekat jer dengan rumah bella lagilah senang keje bella. Talent yang join 7 orang sahaja. Bella tiba di Taman Botani Putrajaya dalam jam 1.40pm macam tu. Sampai jer kat taman botani bella tercari-cari juga kat mana talent-talent lain berkumpul. Rupanya kat satu pondok jalan masuk ke dewan. Masa tu juga dewan tu ada kenduri kahwin la pulak memang ramaila orang kat situ. Bella berkenalan dengan talent-talent baru Sue, Norlela, Evanis  dan yang lain-lain tu sudah mengenali sesama lain. Sesi makeup bermula dan tukar wardrobe dan sesi photoshoot bermula jam 3pm. Officially photog untuk busana soffi's ini adalah perempuan syafinna photography http://www.facebook.com/miz.nurain (ini link fb syafinna). Yang bestnyer mua dan photog ni kembar seiras rupanya.Bisnes family. Sesi photoshoot selesai dalam jam 7.00pm.Jom tengok gambar....























Bergambar bersama photog fie


Bergambar ramai-ramai sebelum bersurai....


HIJABISTA



Pertama sekali bella nak ucapkan salam ramadhan. Semoga semua umat islam berpuasa yer.....Ok now bella nak ceritakan tentang Majalah Hijabista. Apa tu hijabista. Hijabista adalah hijab maksudnyer bertudung untuk wanita atau perempuan yang beragama islam. Untuk keluaran yang pertama, pihak karangkraf ada meminta pendapat berhijab di laman page facebooknya http://www.facebook.com/hijabistamagazine. So, ramai la wanita yang berhijab di Malaysia ini terutama yang ada account fb emailkan pendapat tu kepada editor karangkraf  termasukla bella hi..hi..Apabila majalah hijabista yang pertama dipasarkan bella tidak sabar nak tengok apa isinya, memang banyak cara-cara untuk menggayakan tudung seperti shawl, scarf, turban, bawal, dan macam-macam lagi. Siap ada tutorial lagi. Belek-belek punya belek, tetiba nampak gambar bella dekat ruangan pendapat berhijab. Owh terkejut sangat sebab bella memang tidak sangka yang pendapat bella itu telah terpilih untuk memasuki majalah hijabista keluaran pertama. Rezeki katakan alhamdulillah.Apa lagi gembira la sebab sebelum ni wajah bella belum pernah muncul di mana-mana majalah kat Malaysia.Ini adalah langkah yang pertama bella dalam bidang modelling untuk terus maju dan dikenali. Jom kita tengok gambar....walaupun kecil tetapi ia amat berharga bagi bella dan kenangan manis dalam hidup bella...mmuah!!!
cover majalah hijabista

Inilah saya (bella)

Jul 22, 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Setiap umat islam diwajibkan berpuasa di bulan ramadhan kerana banyak fadhilat dan kelebihan-kelebihan di bulan yang mulia ini.Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i) . Semoga kita semua mendapat banyak fadilat di bulan ramadhan ini aminn....

Jul 9, 2012

BUTIK HIJAB



Jom kita lawat blog Rawisya Hijab Boutique untuk lihat tudung-tudung yang bersesuaian dan harga pon berpatutan...http://rawisyahijab.blogspot.com

THANK YOU



Terima Kasih tidak terhingga pada yang sudi lawat blog bella ini. Semoga u ollzs semua sentiasa ceria dan bahagia tak mau sedih-sedih....Yang buruk datang dari bella dan yang baik semua dari Allah S.W.T. 

Jazzakumullah BarakAllahu fikum... 

CONTACT



Inginkan model untuk peragakan fesyen busana anda, untuk bertanya tentang compcard dan pakej-pakej lain boleh la e-mail ke nznasuha@gmail.com or call my hp 017-3985128. Thank you....


TWITTER



Twitter? ha..ha... ekceli dulu bella pun tidak tau apa itu twitter, now bella sudah tahu dan memiliki account twitter... Twitter ni lebih kurang facebook tapi lain sikit sebab twitter ni kita tak perlu nak add friends just follow jer kita boleh tau perkembangan kawan-kawan kita. Follow la artis kegemaran kita maca yang bella buat. seronok juga layan twitter up to date dan pantas gitu...jom kita ramai2 buat account twitter dan jangan lupa follow bella @nznasuha....Thank you

FB



Facebook a.k.a laman muka buku. Sekarang hampir semua orang memeliki account facebook ini termasukla bella hi..hi...senang nak cari kawan, info, beli barang2 especially yang suka shopping mcm saya he..he.. Ok facebook bella ialah Nora Bella http://www.facebook.com/nora.bella.33. Sesiapa yang ingin mengenali bella boleh la add yer. Thak you...

COMPCARD



Ramai yang tanya dengan bella compcard tu macam mana? Ok now bella akan beritahu compcard ialah dengan memilih gambar-gambar yang terbaik untuk diletakkan di dalam compcard. Compcard bersaiz A4 dan gambar depan dan belakang mengikut citarasa masing-masing. Kalau hendak gambar diletakkan di depan sahaja pun boleh atau hendak depan belakang pun boleh. Compcard ini penting sebagai bukti seorang model apabila pergi menjalani sesi casting di butik-butik. Sesiapa yang berminat untuk melihat pakej-pakej compcard sila layari laman facebook http://www.facebook.com/pages//Dsuci-Photoghraphy . Thank you...


Nama penuh saya Nornashuha Binti Assahari.Nama di facebook Nora Bella.Nama panggilan rakan sekerja nora  Anak pertama dari 3 beradik. Lahir di Terengganu. Bersekolah di terengganu dan melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Sekarang bekerja di Putrajaya dan menetap di putrajaya. Bella sudah pun berumah tangga dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Suami bella namanya Zulfadhli Che Hassan, seorang hubby yang caring, loving dan bertanggungjawab. Anak pertama bella nama Dhiya Humaira Batrisyia, berumur 5 tahun dan sekolah di tadika abim.Suka melawa, baca buku, swimming dan nyanyi...Anak kedua bella namanya Muhammad Asyraf Darwisy, berumur 10 bulan. Suka makan,  membuas je kejenya...Inila family kecil bella....


Blog ini untuk coretan tentang kehidupan, info-info terkini, carier, love, modelling dan macam-macam lagi. Sudi-sudilah lawat blog yang tidak seberapa ini..mmuah!!!!!