Feb 28, 2012

PHOTOSHOOT OUTDOOR @ MONUMEN & MARITIM

Salam readers,

Bella nak kongsikan pengalaman bella semasa photoshoot outdoor di putrajaya baru-baru ni. Talent-talent seramai 10 orang tetapi yang datang dalam 6 orang mcm tu. Bella mengenakan pakaian dress bersama cardigan, mekap sendiri-sendiri jer. Kitorang start dalam pukul 8 macam tu la. Photoshoot ni dianjurkan oleh team Dn'Z Photography dan sarapan pagi pun disediakan juga. Ramai abang2 photog yang turun untuk memeriahkan lagi suasana dan yang paling penting sifu photographer pon ader, fulamak bukan senang sifu nak turun untuk win-win situation nih!!!Terima Kasih Sifu En Junaidi. Dalam pukul 11 lebih macam tu kitorang stop sekejap rehat memandangkan nak tengahari sudah. Abang-abang photog sedang dalam perbincangan dan derang suggest kat talent-talent semua nak photoshoot kat satu tempat lagi kat Maritim.Semua talent setuju dengan cadangan yang diberikan. Sesampai disana, suasana cantik, langit yang cerah dan ramai mat saleh- mat saleh dok main papan luncur. Apalagi start la kita semua shoot. Penat tak hengat tetapi dapat tips-tips dari sifu dan abang-abang photog yg berpengalaman dan enjoy gitu....Pukul 1 tengahari kitorang pun bersurai. Semuanya nampak keletihan tetapi enjoy sebab pengalaman-pengalaman ni semua tidak akan dapat dimana-mana kecuali kita sendiri yang merasai penat lelah untuk berphotoshoot outdoor nih.....Nanti Bella upload lagi picture yang lain ok....babai readers......




Feb 26, 2012

GROOMING DAY WITH BUTIK MAMA

Salam readers,

Pinjam yer picture ni BM !!!!!
Hari ni bella nak kongsikan pengalaman bella mengikuti acara 100 talents dari Butik Mama. Semalam bella dapat banyak ilmu dari model-model Butik Mama yang gojes gitu dari segi teknik mekap, teknik photoshoot indoor or magazine, teknik menggayakan shawl, teknik catwalk, teknik posing dan banyak berkongsi pengalaman dari model-model Butik Mama yang senior. Terima Kasih pada owner Butik Mama iaitu Pn Noor Aina sudi memberi peluang pada bakal-bakal model muslimah untuk pergi jauh lagi dalam bidang modelling ini. Semalam ramai juga jumpa frens ESM kat BM tu, punyer la seronoknyer. Eh citer ESM pun ada gak kat sini hi..hi... Ok2 kita sambung about event Butik Mama tu...semalam bella dapat naik pentas coz terpilih untuk menunjukkan gaya pose untuk tudung, model Amira Ameer dan Fatimah Al zahra cakap posing bella menarik dan derang suka. Bella happy dapat kritikan dari model2 BM sebab dari situ bella dapat tahu kelemahan bella dan apa yang perlu bella perbaiki. Thank to Ameera Amir dan Fatimah Al Zahra sekali lagi kerna sudi tunjuk ajar pada talent-talent yang datang semalam. Jam menunjukkan pukul 6.00pm  dan majlis ini akan tamat sebentar lagi, so sebelum bersurai 100 talents akan menerima sijil dari Butik Mama dan bergambar dengan owner Butik Mama Pn Noor Aina sebagai tanda kenangan...After that Pn Noor Aina mengumumkan yang Butik Mama akan memberi diskaun yang special 30%-40% pada yang sape-sape yang shopping shawl or jubah @ Butik Mama semalam. Apalagi bella dan frens-frens bella serbu la bila lagi nak dapat peluang macam ni kan....Inilah baju dan shawl yang bella beli semalam cantik tak!!!!!super gojes gtu..... lalalalalala


100 talent grooming day with Butik Mama

tunjuk pose untuk tudung

barisan model Butik Mama




Feb 23, 2012

KEK PANDAN

Salam Readers,


Semalam bella terfikir-fikir nak buat apa yer untuk anak bella bawa pergi sekolah sempena meraikan harijadi pelajar-pelajar disana.Last-last bella nak buat kek coklat tetapi bila pergi beli barang tepung kek coklat sudah abis, so bella pun beli tepung kek pandan. Balik rumah, bella terus buat kek pandan tu dengan pertolongan adik-adik bella [mak ngah n maksu humaira]. Senang jer buat kek pandan ni sebab tepung yang bella beli ni dah diadun semua cuma masukkan telur, butter dan susu pekat sahaja.Kacau sampai sebati then terus masukkan dalam loyang untuk dikukus selama 55 minit. After 55 minit siap kek pandan bella. Inilah hasilnya yummy!!!!yummy!!!!yummy!!!!

Feb 22, 2012

STUDIO ESM

Salam readers,

Bella nak citer hari Sabtu 18/02/2012 bella pergi studio ESM ada class modelling, class catwalk dan macam2 lagi. Bila sampai di sana jumpa la kawan-kawan bella dan kenalan baru sekali. Sebelum class bermula ada tetamu sampai kat studio tu sepupu pada lady yo yang keje kat studio tu bahagian technical dan yo pon perkenalkan sepupu dia tu nama Yulia daripada Jakarta Indonesia. Borak-borak rupanya sepupu dia ni pelakon sinetron Nada Cinta @ Astro Ria. Lain mukanya dalam tv, dalam citer nada cinta tu Yulia pegang watak Cynthia. Ermm tak sangka dapat jumpa pelakon indonesia seronoknya.  Class yang kali ni tak macam biasa tau warm up kena menari untuk lembutkan tanga, kaki dan badan sekali. Huh ! dah lama bella tak menari tapi masih ingat lagi cara-cara menari masa belajar-belajar dulu, sib baek boleh buat. Lawak pon ada rasanya masa tu hi..hi..tapi yang penting kita semua enjoy kan...Sudah sampai waktu rehat then kitorang pergi luch kat bawah biasa la free kan org belanjer. After lunch, kitorang ada sesi photoshoot ni yang bella paling suka coz bila tengok gambar sendiri kita tau macam mana rupa kita dan apa salah kita dalam gambar tu....







kami bergambar dengan pelakon Nada Cinta @ Astro Ria


Feb 15, 2012

HALLOOOOOOOO



Chenta Hatiku
Hari ini bella buat blog baru , blog lama bella tu hang sudah pastu takder design post tu susah bella nak cantikkan blog bella. So bella buat keputusan buat blog baru. Cantik tak blog bella nih !!!!! Lelaki disebelah bella ini adalah hubby bella tau dia lah chenta hatiku.